Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Tumpaskan Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan ATM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Ops Sohor yang dijalankan di selatan tanah air.

Sindiket Penyeludupan

Sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM

Memetik laporan daripada Harian Metro, operasi ini digerakkan Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat SPRM bersama pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS), hasil risikan selama 12 bulan.

Menurut sumber, lima pegawai kanan ATM, dua bekas anggota serta lima orang awam termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia 30 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang sejak jam 6.30 pagi tadi.

“Pegawai-pegawai ini sepatutnya memantau dan mengekang aktiviti penyeludupan, namun dipercayai bersekongkol dengan sindiket sejak lima tahun lalu dan mengaut hasil rasuah lebih RM3 juta,” kata sumber.

Bayaran trip sindiket penyeludupan cecah RM50,000

Difahamkan, setiap trip penyeludupan membabitkan bayaran antara RM30,000 hingga RM50,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam serbuan itu, SPRM juga telah merampas wang tunai RM63,000, dadah, minuman keras, senjata tiruan, alat timbang dan penyukat.

Turut ditahan wanita Indonesia tanpa dokumen sah yang dipercayai menjadi teman simpanan salah seorang pegawai terbabit.

Tangkapan tersebut disahkan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan semua suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kartel Susu Tepung: SPRM Ambil Keterangan 10 Individu

Beliau menegaskan, kes ini serius kerana melibatkan keselamatan negara memandangkan penyeludupan masih lagi berlaku walaupun pelbagai agensi ditugaskan untuk memantau.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd