Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sidang Kemuncak ASEAN: Guru Diminta Kekal Di Rumah Sepanjang PdPR, Tidak Pulang Ke Kampung

Sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 pada minggu hadapan, guru yang terlibat dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diingatkan agar kekal berada di rumah bagi memastikan kelancaran sesi pengajaran secara dalam talian.

Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung Kesatua Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon menegaskan, guru tidak sepatutnya mengambil peluang tempoh PdPR ini untuk pulang ke kampung bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh menjejaskan pengajaran, termasuk kemalangan jalan raya.

“Keutamaan adalah kesinambungan proses pengajaran. Jika ada guru yang mengambil keputusan untuk balik kampung dan terlibat dalam kemalangan, ia boleh menyebabkan gangguan terhadap pelaksanaan PdPR,” katanya.

Foto: forum.lowyat

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini. Langkah ini diambil berikutan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Fouzi turut menyeru aar ibu bapa mainkan peranan aktif sepanjang tempaoh PdPR dengan memantau penglbatan anak-anak mereka dalam kelas talian.

“Peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan pelajar benar-benar mengikuti kelas dalam talian dan tidak leka atau hilang fokus,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah diberi fleksibiliti untuk menentukan kaedah PdPR yang paling sesuai berdasarkan kebijaksanaan dan pertimbangan guru masing-masing serta ntara kaedah yang boleh digunakan termasuk sesi langsung (live), video rakaman, modul pembelajaran, serta tugasan bertulis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

“Kami percaya kepada profesionalisme guru dalam memilih pendekatan terbaik untuk murid mereka,” ujarnya.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini. Acara penting serantau itu dijangka membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama ekonomi, keselamatan, serta prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh tersebut dilihat sebagai langkah strategik untuk mengurangkan kesesakan dan pergerakan di kawasan pusat bandar, sekaligus membantu melancarkan penganjuran sidang kemuncak tersebut.

Sumber: Berita Harian (Ercy Gracella Ajos)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd