Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selepas Dakwaan Curang, Pempengaruh Kongsi Video Hantar Teman Lelaki Pulang Ke Indonesia

Nama Aliyah Balqis atau Aya sekali lagi menjadi sebutan selepas satu video dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin yang memaparkan detik penuh emosi melibatkan dirinya dan seorang lelaki dipercayai Yuka.

Dalam video berkenaan, Aya kelihatan memandu kenderaan manakala Yuka berada di tempat duduk penumpang, dipercayai dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.

curang

Perkongsian itu pantas mencetuskan perhatian ramai apabila dikaitkan dengan dakwaan kecurangan yang sebelum ini didedahkan oleh Aya sendiri.

Artikel lain: Kantoi Tiket Ada Nama Wanita Lain, Isteri Terjah Suami Curang Di Lapangan Terbang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi kapsyen video tersebut, Aya meluahkan perasaannya secara terbuka, seolah-olah menggambarkan pertemuan terakhir mereka selepas kepercayaan yang dibina musnah buat kali kedua.

“Aku dapat rasa ini kali terakhir kita berjumpa. Walaupun kita tak banyak bercakap sepanjang dalam perjalanan, tapi saya gembira sebab boleh hantar awak balik. Tapi terima kasih banyak ya, sebab dah buat saya trauma untuk kali kedua,” tulisnya.

Sebelum ini, Aya mendedahkan bahawa pempengaruh Indonesia, Jule, didakwa menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya, Yuka, meskipun wanita itu merupakan sahabat rapatnya sendiri.

curang

Pendedahan tersebut dibuat menerusi beberapa hantaran di TikTok, sekali gus mengejutkan ramai apabila Aya turut mendakwa Yuka menyimpan nombor telefon Jule menggunakan nama samaran bagi mengelakkan perhubungan mereka dikesan.

“Aku ingat kau kawan. Cukuplah rumah tangga kau hancur, kenapa dengan aku pun kau buat benda yang sama,” luahnya.

Nama Jule sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial selepas didakwa berlaku curang walaupun masih berstatus isteri orang, termasuk pengakuannya pernah menjalin hubungan terlarang dengan petinju terkenal, Sjafrie Ramadhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, suaminya, Na Daehoon, dilaporkan telah menceraikannya, namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung perkara tersebut.

curang

Untuk rekod, Jule dan Na Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan sokongan moral kepada Aya, selain menyifatkan tindakannya tetap menghantar Yuka ke lapangan terbang sebagai satu bentuk kematangan dan kekuatan diri.

Semua sayang Aya

curang

2026 buka buku baru

curang

Janji ni video terakhir dengan dia

curang

Sumber: Instagram @alyhblqis_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain Harimau...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd