Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform.
Wanita yang dikenali sebagai Emi itu hadir bersama suaminya, Wildan ke Ibu Pejabat Polis Sukatani sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) baru-baru ini bagi menunaikan keinginannya.
Timbalan Ketua Polis Sukatani, Inspektor Rasman kemudian tampil menunaikan permintaan tersebut dengan segera mendukung Emi.
Difahamkan, Emi sebelum itu kerap menangis sejak beberapa hari lalu kerana keinginannya yang tidak tercapai, sehingga suaminya mengambil keputusan membawanya ke balai polis.
Artikel lain: Indonesia Tolak Bantuan Beras Komuniti Aceh Di Malaysia
Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Kanan Sumarni berkata, perkhidmatan awam perlu mengutamakan empati serta respons pantas terhadap keperluan masyarakat.
“Kami berusaha untuk membantu masyarakat selagi ia tidak melanggar peraturan dan kekal dalam had yang munasabah,” ujarnya.
Sumber: Pojok Bekasi










































