Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Saifuddin Nasution Santuni Rakyat! Remaja Terus Mengadu Dibuli, Trauma Enggan Sekolah

Saifuddin Nasution Santuni Rakyat

Isu buli melibatkan seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Labu Besar, Kulim, Kedah mendapat perhatian serius daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Kedah.

Ia susulan aduan yang dibuat keluarga mangsa dalam pertemuan empat mata baru-baru ini.

Saifuddin Nasution Santuni Rakyat

Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika turun padang bertemu penduduk setempat, meluahkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan murid sekolah rendah, terutamanya apabila dimaklumkan wujud unsur keganasan dalam kejadian berkenaan.

“Bawa pisau juga? Depa sorok dalam beg? Pisau ke kayu? Depa katok abang dekat mana? Keluar pagar sekolah depa buat?” soal beliau kepada murid terbabit.

Remaja Terus Mengadu Dibuli, Trauma Enggan Sekolah

Menurut maklumat awal, mangsa mendakwa dibuli beberapa pelajar lain sehingga mengalami trauma dan ketakutan, sekali gus enggan hadir ke sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan susulan di sekolah berkenaan, selepas bapa murid memaklumkan anaknya enggan ke sekolah kerana risau insiden buli berulang.

“Tak boleh tu, kena suruh pergi sekolah. Nanti kita betulkan,” kata beliau. Dalam nada bersahaja, Adzli turut berseloroh menenangkan murid terbabit, memberi cadangan sekiranya berdepan pembuli.
“Kalau payah (takut), sebut nama atuk,” tambahnya.

Video pertemuan tersebut dimuat naik pengguna TikTok @misiupdate dan mendapat perhatian ramai.

Polis Kedah mengesan dua remaja disyaki terlibat kes buli yang dilaporkan berlaku tahun lalu.

Jelas Adzli, dua remaja berusia 12 tahun ketika kejadian termasuk ibu bapa mereka telah dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan telah diambil, kenal pasti dan panggil kedua-dua suspek.. jalankan siasatan dan kita akan pastikan kejadian buli tidak berulang… mangsa berusia 11 tahun ketika kejadian,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal terhadap mangsa memandangkan kejadian berlaku beberapa bulan lalu.

Artikel lain: Tular Video Kanak-Kanak Dibuli? Wanita Terkejut Mangsa Rupanya Keluarga Sendiri

Bagaimanapun, pihak polis tetap menyokong proses pemulihan dan kaunseling, termasuk kempen kesedaran bagi mengekang kejadian seumpama itu berulang.

“Polis telah hadir ke sekolah dan beri taklimat keselamatan dan pendedahan kepada murid dalam perhimpunan… dengan langkah tersebut diharapkan mampu mencegah kegiatan seperti ini,” kata beliau.

Setakat ini, pihak polis memandang serius isu berkenaan dan akan memantau perkembangan susulan bersama pihak sekolah. Bagaimanapun, Adzli menegaskan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian tersebut setakat ini.

Sumber: TikTok misiupdate, Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd