Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RMK13 Fokus Tingkat Pendapatan Negara & Rakyat, Selari Dengan Ekonomi MADANI

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bakal memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata prinsip utama yang mendasari RMK13 adalah konsep raising the ceiling and raising the floor iaitu strategi jangka sederhana lima tahun untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.

RMK13

RMK13

“Kita juga akan memberi fokus kepada beberapa sektor, industri- industri yang tambah nilai dan juga mencipta nilai dan fokusnya adalah kepada penghiliran serta sektor hiliran. Ini adalah secara umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Ketersambungan Antarabangsa 2025 (ICC2025) di sini hari ini.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan matlamat untuk membina asas ekonomi yang lebih inklusif dan mampan dalam tempoh perancangan lima tahun akan datang.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai ICC2025, Fahmi berharap program itu dapat memberi peluang kepada pemain industri telekomunikasi dan teknologi untuk meneliti perkembangan terkini dalam industri berkendan termasuk aplikasi kecerdasan buatan (Al) yang boleh dimanfaatkan menerusi Internet berkelajuan tinggi.

Walaupun kesalinghubungan dan kelajuan Internet semakin berkembang pesat, beliau berkata nilai- nilai manusiawi tidak boleh diketepikan dalam era digital.

Artikel lain: Kerajaan Teliti Cadangan Halang Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Miliki Akaun Media Sosial

RMK13

“Kita boleh memanfaatkan Al tetapi aspek manusiawi seperti etika harus diutamakan serta dijadikan pasak serta tonggak kepada perancangan-perancangan kita termasuk dalam aspek pembangunan dan masa depan,” katanya.

Program yang berlangsung selama dua hari hingga esok itu menghimpunkan pemimpin industri, pembuat dasar dan inovator dari seluruh dunia untuk meneroka masa depan kesalinghubungan digital sekali gus menjadi platform utama bagi memahami trend baharu, membina kerjasama strategik serta memacu inovasi dalam dunia yang semakin terhubung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program itu antaranya menampilkan pameran teknologi terkini termasuk Al, teknologi kuantum dan ekosistem data pintar selain sesi panel berimpak tinggi bagi membincangkan cabaran dan peluang dalam era transformasi digital.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd