Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ranking Harimau Malaya Merosot, Masa Depan Bola Sepak Negara Jadi Tanda Tanya?

Ranking Harimau Malaya terus merosot ke tangga ke-135 dunia selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak secara rasmi rayuan hukuman yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu, bulan lepas.

Ranking Harimau Malaya merosot

Memetik laporan Kosmo, keputusan CAS menyaksikan Harimau Malaya dikenakan kekalahan 0-3 kepada Vietnam dan Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) minggu lalu.

Kejadian ini berlaku selepas pasukan kendalian Peter Cklamovski didapati menurunkan tujuh pemain warisan yang tidak layak beraksi, susulan isu pemalsuan dokumen. Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hukuman terkini ini menyebabkan ranking Harimau Malaya jatuh 14 anak tangga dunia, daripada kedudukan ke-121 pada Januari lalu. Perkembangan ini memberikan cabaran tambahan kepada pasukan menjelang perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di tempat lawan, Selasa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Thailand kekal sebagai negara serantau paling konsisten di tangga ke-96, diikuti Vietnam pada kedudukan 111 dunia dan Indonesia di tangga ke-121, menandakan tiga pasukan terbaik Asia Tenggara.

Ini bukan kali pertama kemenangan Harimau Malaya dibatalkan, selepas Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain tidak layak.

Artikel lanjut: AFC Batalkan Dua Kemenangan Harimau Malaya! Impian Ke Piala Asia 2027 Terkubur

Akibat pelanggaran itu, tiga perlawanan antarabangsa menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin diisytiharkan kalah 0-3 buat Harimau Malaya, selain dikenakan denda CHF10,000 (RM51,414).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Muhammad Ardie Putra Suhaimi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd