Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Golok: Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Terkena Lapan Das, Tak Sempat Timang Anak Sulung

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia

Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia selepas ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, malam tadi.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan memang ada,” katanya ringkas.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek dipercayai berpunca daripada isu hutang sebelum lelaki itu melepaskan lapan das tembakan ke arah mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan sepucuk pistol di lokasi kejadian.

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Terkena Lapan Das Tembakan

Namun, ibu mangsa Zaiton Abdul Rahman, 64, memaklumkan anaknya itu tidak mempunyai hutang dengan suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada yang mengaitkan masalah hutang, namun anak saya tidak berhutang.
“Arwah pernah bercerita mengenai suspek sebelum ini yang tidak puas hati terhadapnya,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Zaiton memberitahu, individu yang menyerang anaknya itu memang dikenali anak dan menantunya.

Ujarnya, kejadian berlaku di rumah Mohd Fuad Fahmie di Golok, Thailand apabila suspek datang menyerang sebelum melepaskan tembakan ke arahnya.

“Beberapa bulan lalu, kediaman dia (anak) sudah diberi tembakan amaran dipercayai dilakukan individu sama kerana tidak berpuas hati dengan anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa sedih apabila anak keempat daripada enam beradik itu tidak sempat menimang cahaya mata sulung bulan depan.

“Saya sangat sedih mengenangkan arwah kerana dia dijangka menimang cahaya mata sulung bulan depan iaitu pada hari kelahirannya.
“Namun dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri yang sarat mengandung,” katanya sebak.

Zaiton berkata, arwah baru pulang ke rumahnya di Pasir Mas pada Khamis sebelum kembali ke Golok kira-kira jam 3 petang semalam.

“Rutin arwah setiap kali mahu kembali ke Golok, dia akan peluk cium saya dan suami.
“Selepas enam jam anak kembali ke Thailand dalam keadaan sihat, siapa sangka saya menerima panggilan anak meninggal dunia ditembak.
“Malah hasrat arwah Fuad untuk melihat anak sulung bulan depan juga tidak kesampaian,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Tragedi Kg Pida 3: Isteri Mangsa Dedah Adik Halusinasi Dengar Diri ‘Diejek-Ejek’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Zaiton, anaknya berkahwin dengan Wan Fatihah Mat Husin, 35, dari Rantau Panjang dua tahun lalu dan menetap di Golok sambil menjalankan perniagaan dalam talian menjual beg serta batu permata.

“Selepas berkahwin, anak ulang-alik tinggal di Pasir Mas dan Golok kerana besan saya tinggal di sana.
“Sekurang-kurangnya dua kali seminggu arwah akan pulang ke rumah memandangkan suami saya sakit dan terlantar.
“Menantu juga sedang sarat mengandung dan sepatutnya pulang ke sini Selasa ini untuk pemeriksaan kandungan.
“Saya tak sangka pelukan semalam adalah yang terakhir. Tiada tanda pelik, arwah berborak seperti biasa dan memaklumkan akan pulang semula esok. Apa yang berlaku memang menyedihkan, tapi saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang selepas Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lubuk Surau di sini.

“Anak saya sejak kecil seorang yang berani dan tegas, namun tidak menyangka hayatnya berakhir begini,”ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim), Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia....

Dunia

Usaha Malaysia memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja mendapat perhatian meluas apabila ribuan rakyat Kemboja membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd