Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka.
Menerusi perkongsian di X, individu terbabit memuat naik gambar yang dipercayai menjadi punca kemarahan itu.
“Hentikan tabiat menampal pelekat di bahagian fasiliti stadium orang dan terus balik, okey?” luah individu tersebut, menegaskan bahawa tindakan itu tidak wajar dan boleh menimbulkan salah faham.
Selain itu, individu terbabit turut mendakwa terdapat pelekat lain yang ditampal di bahagian bawah tiang stadium.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bengang mereka dan mengecam perlakuan tersebut.
Malah, sebahagian netizen yang mewakili rakyat Malaysia turut memohon maaf bagi menjaga imej negara di mata dunia.
Insiden ini menjadi peringatan kepada pelancong Malaysia supaya sentiasa mematuhi norma dan etika di negara orang, terutamanya di kawasan awam dan fasiliti yang digunakan bersama.
Ini bagi mengelakkan salah faham dan mengekalkan hubungan baik dengan penduduk tempatan.
Sumber: X iyotantaka0526













































