Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Lakar Sejarah! Miliki Pusat Ujian Cip Termaju Pertama Di Rantau Asia Tenggara

Malaysia melakar satu lagi kejayaan dalam industri semikonduktor menerusi perasmian Pusat Ujian Cip Termaju yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park (IC Park 2) yang terletak di CoPlace 9, Cyberjaya.

Menurut laporan Bernama, majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang menyifatkan pusat itu sebagai fasiliti ujian cip bertaraf dunia yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dalam kenyataannya berkata pusat berkenaan turut menjadi pemangkin utama dalam usaha Malaysia membina ekosistem semikonduktor yang menyeluruh merangkumi reka bentuk, pengujian serta pengesahan cip.

Pusat Ujian Cip Termaju

Pusat Ujian Cip Termaju 

“Pusat Ujian Cip Termaju ini merupakan sebahagian daripada strategi nasional untuk menempatkan Malaysia daripada hanya sekadar pengeluar cip kontrak kepada pereka dan pemilik teknologi cip tempatan,” katanya.

Menurut Sidec, fasiliti itu menumpukan Pusat Pemeriksaan, Ujian dan Metrologi Cip Termaju (AIM); Pusat Reka Bentuk, Emulasi dan Prototaip Cip Termaju; Pusat Pengesahan Cip Termaju dan Robotik serta Pusat Penyelidikan dan Latihan Cip Termaju.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang terlibat termasuk Arm, Synopsys, AWS, Keysight, Tektronix, Cadence, Sicada, QES, Tekmark, ICESB, CADFEM, DF Automation, IIT Madras dan Shenzhen Xinhou Research Centre yang secara bersama akan membangunkan ekosisten makmal penyelidikan di bawah IC Park 2.

Artikel lain: Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia, Nikmati Perjalanan Tanpa Visa Ke 174 Negara

Pusat Ujian Cip Termaju

“Menerusi infrastruktur canggih dan tenaga pakar industri global, pusat ini akan mempercepatkan kitaran pembangunan cip sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada fasiliti ujian luar negara,” katanya.

Selain itu, Sidec berkata IC Park 2 di Cyberjaya merupakan kesinambungan daripada kejayaan IC Park pertama di Puchong yang dirasmikan pada Ogos 2024 dan kini menempatkan 14 syarikat dengan lebih 200 jurutera tempatan dan antarabangsa.

Pemilihan Cyberjaya sebagai lokasi juga merupakan langkah strategik dan tepat pada masanya memandangkan bandar itu mempunyai penumpuan syarikat teknologi tertinggi di Malaysia serta menawarkan persekitaran ideal untuk tujuan kolaborasi dan inovasi yang menjanjikan limpahan manfaat besar kepada kalangan pemain ekosistem.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Sidec memaklumkan pemilihan Cyberview Sdn Bhd sebagai pemaju hab teknologi Cyberjaya yang berperanan penting dalam memajukan landskap inovasi negara dan menyokong penuh inisiatif itu bagi memperkukuh kedudukan Cyberjaya sebagai pusat pembangunan teknologi berimpak tinggi negara.

“Fasa terbaharu di Cyberjaya ini bukan sahaja akan menambah ruang penyelidikan dan pembangunan, tetapi turut menempatkan Advanced Semiconductor Malaysia Academy (ASEM) iaitu pusat latihan lanjutan untuk melahirkan 20,000 jurutera semikonduktor dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Majlis hari ini turut meraikan graduasi tujuh kohort latihan semikonduktor di bawah ASEM yang melibatkan ratusan pelajar kejuruteraan yang telah melalui program intensif bersama industri.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd