Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bantu Ringankan Beban! PTPTN Salur RM41.5 Juta WPP Kepada 27,674 Pelajar Baharu

PTPTN Salur RM41.5 Juta WPP

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan pihaknya sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar, khususnya ketika mereka memulakan pengajian di universiti.

Beliau berkata, kemudahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu pelajar meringankan beban kewangan pada peringkat awal pengajian.

“PTPTN sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar, khususnya ketika mereka memulakan pengajian ke menara gading.
“Kemudahan WPP yang disediakan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan melalui PTPTN dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar di peringkat awal pengajian.
“Kami mahu setiap pelajar dapat memulakan sesi pengajian mereka dengan lebih yakin dan selesa serta tanpa perlu bimbang terhadap kos pengajian,” katanya.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kanan) menyerahkan replika kad Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada salah seorang pelajar.

 PTPTN Salur RM41.5 Juta WPP

Bagi sesi kemasukan Oktober 2025, seramai 27,674 pelajar baharu peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik layak menerima WPP bernilai RM1,500 setiap seorang.

Pemberian itu melibatkan peruntukan RM41.5 juta bagi membantu persiapan awal pelajar memasuki UA dan Politeknik, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga.

Di Pulau Pinang sahaja, seramai 1,380 pelajar ditawarkan WPP dengan jumlah keseluruhan RM2.07 juta, termasuk 88 pelajar dari Bukit Gelugor yang menerima peruntukan RM132,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi PTPTN turun padang menyantuni salah seorang pelajar yang menerima WPP semasa sesi ziarah rumah ke rumah pelajar di kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Norliza turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, pelajar adalah harapan masa depan negara dan bantuan ini diharap dapat meringankan langkah mereka menimba ilmu serta melahirkan graduan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Penerima WPP (dua dari kiri) bergambar bersama YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kanan) ketika sesi ziarah di rumah pelajar.

Tegas beliau, PTPTN akan terus bersama pelajar bagi memastikan tiada yang tercicir daripada pendidikan tinggi kerana kekangan kewangan.

Artikel lain: Jamin Pendidikan, PTPTN Salur RM15,000 Buat Anak-Anak Mangsa Nahas FRU

Para pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi myPTPTN dan menunaikannya di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara mulai 24 September hingga 23 November 2025.

Sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Ogos 2025, seramai 990,000 pelajar telah menerima manfaat WPP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, permohonan pinjaman penuh PTPTN boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan syarat pelajar memiliki akaun Simpan SSPN.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini. Addy Kana persoal...

Nasional

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan muzium kini bukan sekadar tempat mempamer artifak, sebaliknya berperanan sebagai jambatan menghubungkan generasi lama dan muda....

Politik

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendedahkan lebih 30 tahun pentadbiran PAS di Kelantan yang bebas daripada skandal rasuah besar dijadikan sebagai bukti...

Nasional

Pemimpin negara menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dan menekankan, perpaduan ialah harta paling berharga yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd