Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan berbentuk satu ajaran sesat.
Program eHati didakwa ada unsur syirik
Menurut perkongsian yang dibuat oleh Masyitah Ashari itu mendedahkan kejadian berlaku pada tahun lalu yang dikelolakan oleh Pengasas eHati iaitu Diyana Tahir pada 27 hingga 30 September 2024 bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).
“Isu kontroversi muncul pada hari terakhir 30/9/24 dewan IDCC Shah Alam untuk Sesi Queen Session. Perjumpaan peserta wanita sahaja dalam dewan lebih kurang 50 peserta.
“Malam tu para peserta memang teruja untuk hadir ke kelas khas tersebut. Bila peserta masuk dewan, set up pun dah berbeza, suasana malap dan diiringi musik romantis. Setelah itu, beberapa orang Cleopatra (level tinggi dalam eHati) yang jadi fasi dalam program itu mula masuk ke dewan.
“Tak lama kemudian, Diyana Tahir masuk ke dewan, malam tu dia tidak bertudung dan berpakaian seksi berbikini. Peserta mula berasa pelik, kenapa macam ni sekali? Ada peserta yang mula beristighfar mereka tergamam. Program apa dah ni? Kenapa berpakaian seksi macam tu,” kata Masyitah dalam kenyataan, hari ini.

“Diyana Tahir dengan berani tanggalkan pakaian dia dan menari-nari bersama ahli Cleo. Dah macam dalam kelab malam. Masa ni memang ramai peserta yang mula rasa pelik dan seram sejuk.
“Diyana ada cakap, “sebelum mula sesi next, nak bagi minum air dulu”. Itulah air Piya yang rasa coklat blend dengan pisang. Dia cakap air ni boleh buatkan kita rasa tenang, dia suruh niat benda-benda positif semasa nak minum.
“Lepas 15 minit peserta minum air tu, mood tiba-tiba berubah. Dari rasa takut tadi, tiba rasa berani yang luar biasa, ghairah tu yang membuak-buak. Ada beberapa Cleo yang datang ajak menari sekali, diorang memang menari dengan tarian seksi yang menghairahkan sambil bercomolot menjilat-jilat lidah antara satu sama lain,” dedahnya.

“Diyana Tahir mula memperkenalkan seorang model yang juga berbogel di hadapan peserta untuk memulakan satu sesi Rebirth (lahir semula). Untuk sesi tu biasanya dibuat dalam tab mandi tapi oleh kerana dewan IDCC sukar untuk menyediakan tab mandi maka Diyana memulakan upacara Rebirth dengan “Sacred Bath” mandi suci dengan mengelap guna tuala basah sahaja.
“Diyana membuat demo terlebih dahulu dengan membaringkan model tersebut lalu dimandikan dengan cara lapkan tuala basah ke badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Lepas itu tutup model seperti mayat dan tak lama kemudian dibuka semula, itulah Rebirth.
“Siapa yang melakukan upacara ini ia dikira lahir semula dan diri telah menjadi suci yang bersih daripada segala energi buruk dalam badan.
“Setelah itu, dipecahkan peserta setiap kumpulan kepada 3 orang, seorang yang akan dimandikan dan dua orang lagi akan duduk sebelah menyebelah sambil mengelap badan dengan tuala suam yang mana Diyana Tahir telah membuat demonstrasi sebelum itu. Program pada hari tu berakhir dengan upacara rebirth ini,” tambahnya lagi.
