Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PLKN 3.0 Siri 2: JLKN Teliti Alasan Calon Gagal Hadir

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kini sedang meneliti setiap alasan yang dikemukakan oleh calon yang gagal melaporkan diri bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2 2025 yang bermula pada 11 Mei lalu.

Penyertaan PLKN adalah wajib

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, laporan penuh berkaitan ketidakhadiran tersebut akan dibentangkan kepada Kementerian Pertahanan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut, memandangkan penyertaan dalam PLKN adalah bersifat wajib.

PLKN

Foto: Harian Metro

“Memang terdapat beberapa individu yang tidak hadir, dan ketika ini JLKN sedang mengumpul serta menyemak alasan yang dikemukakan secara terperinci.
“Saya percaya laporan ini akan dibentangkan tidak lama lagi. Secara asasnya, proses ini bertujuan memberi kesedaran kepada mereka bahawa apabila telah terpilih, mereka wajib hadir. Sekiranya gagal tanpa alasan munasabah, tindakan undang-undang boleh dikenakan,” katanya.

Menurut beliau, perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang gagal hadir tanpa sebab kukuh boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dipenjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

plkn

Foto: Berita Harian

Terdahulu, dilaporkan seramai 344 pelatih telah melaporkan diri untuk PLKN 3.0 Siri 2 2025, yang berlangsung dari 11 Mei hingga 24 Jun ini.

Artikel lanjut: Siri Kedua PLKN 2025 Bermula 11 Mei Di Dua Kem Askar Wataniah

Daripada jumlah tersebut, 206 merupakan pelatih lelaki manakala 138 adalah pelatih wanita, yang masing-masing mengikuti latihan di Kem Rejimen 505 (AW) Kem Force 136, Pekan, Pahang dan Kem Rejimen 515 (AW), Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini antara alasan utama ketidakhadiran pelatih yang diperoleh adalah berkaitan kesihatan, pekerjaan dan menyambung pelajaran. Pihak kita juga sedang cuba menambah baik aspek berkaitan agar kehadiran adalah 100 peratus bagi setiap sesi program dijalankan,” jelasnya.
PLKN

Foto: Sinar Harian

Dalam perkembangan berasingan, seramai 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Melaka dan Negeri Sembilan termasuk balu serta waris telah menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM), sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Setakat Mac lalu, sejumlah 48,346 veteran ATM telah menerima anugerah PJM sejak ia mula diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM pada tahun 2004.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd