Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Langkah Baharu MCMC, Platform Media Sosial Besar ‘Dianggap Berlesen’ Mulai 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen bermula 1 Januari 2026.

Platform media sosial dianggap berdaftar jika lebih 8 juta pengguna

Menurut MCMC, penyedia perkhidmatan yang tertakluk kepada kerangka pelesenan di bawah Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) akan dianggap berdaftar melalui pengetepian formaliti pendaftaran di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Peruntukan Deeming).

Pendekat selaras kerangka pelesenan

Langkah baharu ini diperkenalkan bagi memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.

Pendekatan tersebut juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025, bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain aspek pematuhan, MCMC turut menekankan bahawa inisiatif ini bertujuan memastikan platform terlibat memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga di ruang digital.

Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini melibatkan penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, dan pelaksanaan ini hanya berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.

media sosial

Artikel lain: KPWKM Sokong Langkah MCMC Perkukuh Keselamatan Digital Kanak-Kanak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, MCMC memaklumkan penyedia perkhidmatan terlibat akan terus beroperasi melalui platform global masing-masing seperti biasa, selari dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar.

MCMC akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak dan keluarga, demi manfaat semua pengguna di Malaysia.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd