Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Umum Kadar Premium GET Turun Lebih 80%, Usaha Luaskan Penggunaan TBB

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengumumkan kadar premium Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan turun lebih 80% bermula 1 Julai 2025, sebagai usaha memperluas penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di seluruh negara.

 Kadar Premium

Sekadar gambar hiasan

PETRA umum kadar premium GET diturunkan

Difahamkan program GET yang mula dilaksanakan sejak tahun 2021 telah berjaya membekalkan secara kumulatif sebanyak 10,500 GWj tenaga elektrik hijau kepada lebih 3,551 pengguna, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca serta menyokong komitmen ESG (Environmental, Social and Governance).

“Pelaksanaan GET bagi tahun 2025, pasca penguatkuasaan tarif elektrik baharu diteruskan dengan prinsip asas yang telah ditetapkan sebelum ini dengan penyesuaian serta penambahbaikan yang sewajarnya,” menurut kenyataan PETRA.

Sekadar gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadar Premium GET disatukan kepada 1 kadar

Penambahbaikan utama itu termasuk kadar premium GET disatukan kepada satu kadar (single tier pricing) dan diturunkan lebih 80%, pengecualian daripada mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) untuk kuantiti langganan tertentu dan pengguna sedia ada boleh menamatkan langganan tanpa penalti sehingga 31 Ogos 2025.

Selain itu, PETRA turut memperkenalkan inisiatif baharu Program GET Greenpath, yang akan mula dibuka untuk langganan 1 Ogos 2025. Ia memberi peluang kepada pelanggan “tenant account” untuk menerima Renewable Energy Certificate (REC) setara dengan jumlah penggunaan elektrik hijau.

“Program Greenpath GET ini akan dilaksanakan oleh TNB dan mula dibuka untuk langganan mulai 1 Ogos 2025… caj berjumlah 0.2sen/kWj akan dikenakan sebagai kos pentadbiran dan kendalian program ini,” jelas PETRA.

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Terima sambutan Baik, PETRA Umum Tambah 100MW Lagi Kuota NEM Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai boleh melanggan atau memperbaharui langganan melalui laman web TNB atau di Kedai Tenaga yang berhampiran.

Susulan daripada itu, PETRA yakin langkah ini akan meningkatkan keyakinan sektor industri terhadap bekalan elektrik hijau, seiring prinsip Malaysia MADANI dan komitmen terhadap masa depan yang lebih lestari.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd