Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dirai Seperti Raja Sehari! Pengawal Keselamatan Terima Lebih 2,000 Hadiah Sempena Hari Persaraan

Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Wahab Deris, 64, terharu apabila menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2, di sini sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu.

Difahamkan juga, menurut laporan Sinar Harian, kesemua hadiah tersebut terpaksa diangkut menggunakan dua kenderaan untuk dibawa pulang ke rumah disebabkan kuantitinya terlalu banyak.

Pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan

Foto: Sinar Harian

Foto: Sinar Harian

Wahab turut diraikan seperti raja sehari dengan bersanding di atas pelamin khas, idea Guru Besar SK Jeli 2, Salmiah Mat Nawi sendiri.

Apa yang lebih mengharukan, momen tersebut turut disertai oleh isteri Wahab iaitu Zauwiyah Abdul Rani, 59, apabila mereka bersama-sama bersanding atas pelamin selepas usia perkahwinan mereka mencecah 43 tahun.

Pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata dari Kampung Gemang itu tidak pernah merasai pengalaman tersebut atas faktor kemiskinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dah Ada 2 PhD! Anak Jati Felda Jerangau Sedia Sambung Pengajian Kali Ketiga

Pengawal keselamatan

Foto: Sinar Harian

Foto: Sinar Harian

“Alhamdulillah, terima kasih kepada guru besar, semua guru dan pelajar yang sudi meraikan saya sebegini meriah pada hari persaraan.
“Saya dan isteri juga sangat terharu apabila diraikan seperti pengantin baharu, malu pula apabila kena duduk bersanding di depan semua,” katanya yang sudah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu selama 12 tahun.

Dalam pada itu, datuk kepada 10 cucu tersebut menzahirkan kata-kata penghargaan kepada pihak sekolah yang selama ini sedah memberi layanan terbaik sepanjang berkhidmat.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd