Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Pengarah Minta Beri Sedikit Masa, Pawagam Henti Tayang Filem Telaga Suriram

Pengarah Osman Ali meluahkan rasa kesal setelah terdapat sesetengah pawagam telah menghentikan tayangan filem arahannya yang bertajuk Telaga Suriram.

Pengarah minta sedikit masa

Pengarah minta sedikit masa

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan mStar, Osman menganggap perkara itu amat tidak wajar dan mendedahkan filemnya masih berada dalam kedudukan 10 teratas pilihan penonton setelah dua minggu ia ditayangkan.

Oleh itu, Osman berharap filem ini diberikan lagi slot tayangan supaya lebih ramai lagi penonton yang dapat berpeluang menyaksikan filem tersebut.

“Masih ada penonton yang datang ke pawagam untuk memberikan sokongan terhadap filem ini. Saya harap ada lagi tayangannya dalam minggu ini tetapi semalam (Rabu) tidak ditayangkan di sesetengah pawagam.
“Saya kecewa kerana kalaulah diberi peluang sedikit masa lagi untuk meneruskan tayangan filem ini, mungkin mereka (penonton) sempat lagi untuk datang ke pawagam,” kata Osman pada Khamis.

Bagaimanapun, Osman tidak menyalahkan pihak pawagam sepenuhnya dan menghormati keputusan tersebut kerana terpaksa akur dengan tempoh penetapan wajib tayang hanya dalam 14 hari sahaja.

Dalam pada itu, beliau sedar terdapat banyak filem baharu yang sudah menunggu untuk ditayangkan di pawagam menyebabkan filemnya dihentikan tayangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pengarah minta sedikit masa

Foto: mStar

“Saya faham ada banyak filem baharu yang mahu ditayangkan jadi pihak pawagam memberikan laluan.
“Semuanya atas budi bicara pihak pawagam untuk meneruskan tayangan sekiranya filem tersebut mendapat sambutan baik.
“Saya tidak salahkan mereka cuma secara peribadi berharap sekiranya dapat tayangan lanjutan, saya bersyukur,” jelasnya.

Beliau juga sempat berkata berkenaan hasil kutipan filem tersebut dan tidak menafikan bahawa komen-komen di media sosial menjadi punca filem itu gagal mencapai box-office dalam tempoh masa singkat.

Namun Osman berlapang dada menerima setiap maklum balas dari penonton dan mendedahkan ada juga golongan yang cuba membunuh karya tersebut melalui kritikan yang tidak baik.

“Saya terima kritikan penonton cuma sedikit terkilan apabila ada terus menghentam terhadap sedikit kekurangan dalam filem ini.
“Saya cuma kecewa kerana filem baru ditayangkan beberapa hari tetapi ada pihak sudah membunuh dengan kritikan tidak membina.
“Setiap filem ada kelemahan dan sudah tentu sebagai pengarah saya akan memperbaiki lagi hasil kerja di masa hadapan,” tambahnya lagi.
Pengarah minta sedikit masa

Foto: Myinfotaip

Artikel lain: Filem Seram Bisikan Dosa Temui Penonton Di Pawagam 9 Januari Ini

Difahamkan, filem ini dimainkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Maya Karin, Scha Alyahya, Farid Kamil, Ellie Suriaty dan Nabila Huda

Untuk rekod, Telaga Suriram merupakan filem terbitan sulung syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd hasil kerjasama produksi milik Osman iaitu Nuansa Films yang mula tayang di pawagam pada 1 Mei lalu.

Sumber: mStar (Ain Norman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd