Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pemimpin Politik Diminta Elak Campur Tangan Demokrasi Negara Luar – Pemuda MCA

Peminpin parti politik diminta untuk tidak campur tangan terhadap sebarang tindakan yang boleh mempengaruhi pilihan rakyat di negara luar lebih-lebih lagi dalam pilihan raya umum yang menjadi lambang tertinggi sebuah demokrasi.

Pemimpin politik elak campur tangan luar

Pemimpin Politik Diminta Elak Campur Tangan

Foto: Utusan Malaysia

Ketua Penerangan Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA), Neow Choo Seong menjelaskan, dalam kenyataan bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) Singapura berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) negara tersebut.

“Saya mengambil maklum bahawa pemimpin PAS yang terlibat telah menafikan dakwaan tersbut. Dalam dunia saling bergantung, amat penting semua pemimpin politik memahami dan hormat kedaulatan negara lain.
“Tiada mana-mana parti politik seharusnya dilihat cuba mempengaruhi pilihan rakyat di luar negara, apatah lagi dalam konteks pilihan raya umum yang menjadi lambang tertinggi demokrasi,” Kata Choo Seong di Facebook pada Isnin.

Pemimpin Politik Diminta Elak Campur Tangan

Sementara itu, beliau menasihati agar PAS lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menjejaskan hubungan antarabangsa serta menegaskan bahawa Malaysia sendiri menentang keras campur tangan asing dalam negara dan seharusnya menjadi contoh kepada negara luar.

“Malaysia sendiri menegaskan prinsip tidak membenarkan campur tangan asing dalam urusan dalaman negara kita. Maka menjadi tanggungjawab untuk kita tunjukkan contoh yang sama kepada negara luar, termasuk Singapura.
“Sebagai parti berpengalaman dalam pemerintahan di peringkat negeri dan Persekutuan, PAS perlu lebih berwaspada dalam setiap tindakan ataupun kenyataan.
“PAS perlu memahami betapa pentingnya menjaga kepercayaan antarabangsa dan memastikan semua tindakan selari dengan nilai rasionaliti, kematangan, dan tanggungjawab politik,” jelasnya.
Pemimpin Politik Diminta Elak Campur Tangan

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Pemuda MCA Gesa Tegakkan Standard, Pemimpin DAP Terlibat SPRM Perlu Bercuti

Terdahulu, Bendahari Agung PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, didapati memuat naik hantaran di Facebook memberi komen dan yang dipercayai cuba mempengaruhi GE2025.

Dakwaan tersebut telah disahkan oleh MHA dan ELD Singapura dalam kenyataan bersama mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, portal Harakah Daily juga turut menerbitkan dua artikel pada 22 dan 23 April lalu mengenai pandangan Iskandar berhubung masyarakat Melayu di Singapura dan GE2025, sebelum pihak berkuasa Singapura mengambil tindakan membuat penyekatan kandungan itu di bawah Seksyen 61N Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA).

Sumber: Facebook MCA, Sinar Harian Nor Syazrina Muhamad Tahir

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan yang terletak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd