Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, mayat pemandu jengkaut yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan, Sabtu lalu akhirnya ditemui pada Selasa.
Pemandu jengkaut sempat lompat keluar
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dari Tanah Merah, Kelantan ditemukan sekitar jam 4.15 petang pada jarak kira-kira 40 meter dari lokasi dia dipercayai terjun ketika kejadian.

Foto: FB Dengar Hearin Care Cente
Artikel lain: Polis Sahkan Ada Kesan Hiris Pada Leher Mayat Terapung Di Sungai Kelantan
“Mayat mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira lima meter sebelum berjaya dibawa keluar jam 5 petang dan dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.
“Operasi SAR yang memasuki hari keempat ditamatkan jam 5.30 petang,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, operasi hari terkahir itu melibatkan 69 anggota daripada pelbagai agensi dengan bantuan pekerja kuari.

Foto: Sinar Harian
“Operasi bermula jam 8 pagi dengan kerja-kerja memecahkan bongkah batu bagi memudahkan pengalihan tanah di kawasan pencarian.
“Usaha itu turut diselangi dengan pencarian menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan polis.
“Dianggarkan sebanyak 30 metrik tan batu berjaya dialihkan menggunakan dua jengkaut milik kuari, melibatkan kawasan berkeluasan 60 kaki persegi pada hari ini, manakala keseluruhan keluasan operasi adalah 140 kaki persegi,” ujarnya.

Foto: Bernama
Dalam insiden sekitar jam 12.50 tengah hari Sabtu lalu, pemandu jengkaut tersebut dikatakan sedang mengendalikan jengkut sebelum bongkah batu runtuh secara tiba-tiba lalu menghempap jentera berkenaan.
Kejadian itu turut melibatkan tiga pekerja kuari warga asing namun mereka dilaporkan selamat.
Beberapa saksi mendakwa, mangsa sempat melompat keluar daripada jentera untuk menyelamatkan diri tetapi tidak sempat mengelak runtuhan batu yang kemudian menimbusnya.
Sumber: Sinar Harian (Nik Amirulmumin Nik Min)
