Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperluaskan pemakaian tali pinggang kaledar dalam kalangan pemandu dan penumpang bas kepada beberapa kategori kenderaan awam termasuk bas henti-henti dan bas sekolah.
Pemakaian tali pinggang keledar diperluas
Memetik laporan Kosmo, Pengarah JPJ Negeri Perlis, Noraini Mohd. Nawi memberitahu, setakat ini perintah tersebut hanya diwajibkan ke atas bas ekspres dan bas persiaran sahaja.
Beliau turut memaklumkan pemeriksaan secara berkala terhadap bas-bas sedia ada akan diteruskan bagi memastikan keadaan tali pinggang kaledar di setiap bas berada dalam keadaan baik.
“Selain peluasan kategori, kita juga akan terus melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap bas-bas sedia ada bagi memastikan sistem tali pinggang keledar sentiasa dalam keadaan baik,” kata Noraini di Terminal Perlis Sentral, hari ini.

Foto: eCentral
Difahamkan, operasi yang dibuat sejak 1 Julai itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan merupakan langkah bagi mengurangka risiko kemalangan membabitkan kenderaan perkhidmatan awam.
Menurutnya, operasi yang bermula sejak 1 Julai lalu itu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan perkhidmatan awam.
Artikel lain: Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar
Untuk rekod, sebanyak 79 buah bas ekspres dan 51 buah bas persiaran telah diperiksa oleh JPJ di seluruh negeri sepanjang tempoh perlaksanaan operasi dan hasil pemeriksaan mendapati hanya seorang pemandu dan seorang penumpang dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana gagal memakai tali pinggang keledar.
Sumber: Kosmo (Azlan Sayed Hizar)
