Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelaksanaan Program Bidaan Kompetitif, Kerajaan Tawar Kuota Solar Sebanyak 2,000MWac

Kerajaan menawarkan kuota solar sebanyak 2,000MWac menerusi pelaksanaan program bidaan kompetitif Large Scale Solar (LSS).

Merujuk satu kenyataan Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menawarkan kuota solar sebanyak 2,000MWac melalui proses penawaran kompetitif dalam rangka program Solar Skala Besar (LSS).

ST menyatakan perihal ini merupakan salah satu langkah inisiatif pihak kerajaan untuk mendukung peralihan tenaga serta mengurangkan jejak karbon dengan meningkatkan jumlah Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada 70 peratus pada tahun 2050.

Bagi memberi peluang serta mendorong keterlibatan pemaju Bumiputera, program LSS PETRA ini menetapkan sasaran kapasiti sebanyak 2,000MWac dengan empat tawaran pakej.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut keterangan berkenaan, pakej-pakej yang ditawarkan oleh LSS PETRA tersedia untuk loji janakuasa solar termasuklah dengan loji atas bumbung/atas tanah dan loji terapung dengan jumlah kuota yang berbeza.

Pakej satu, dua dan tiga dikhaskan untuk loji atas bumbung/tanah dengan kuota 250MWac, 250MWac dan 1,000MWac. Manakala bagi loji terapung yang berada dalam pakej empat pula mempunyai kuota sebanyak 500MWac.

“Pakej pertama tersedia untuk syarikat atau konsortium yang berdaftar di Malaysia dengan syarat memiliki setidak-tidaknya 51 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera serta memperoleh Sijil Akuan Status PKMS dari SME Corporation Malaysia,” katanya.
“Pakej kedua pula diberikan untuk syarikat atau konsortium berdaftar dengan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 51 peratus atau konsortium yang terdiri sekurangnya satu syarikat Bumiputera dan syarikat asing dengan ekuiti Bumiputera sekurangnya 51 peratus,” ujarnya.

Pakej selanjutnya iaitu ketiga dan keempat disediakan untuk syarikat berdaftar dengan syarat pemilikan ekuiti tempatan sekurangnya 51 peratus atau konsortium yang terdiri setidaknya satu syarikat tempatan yang berdaftar di Malaysia dan syarikat asing dengan pemilikan ekuiti tempatan dalam konsortium juga sekurangnya 51 peratus.

Selain daripada memberi peluang kepada syarikat Bumiputera untuk melibatkan diri dalam sektor tenaga, program LSS PETRA dijadualkan mula beroperasi pada tahun 2026.

Sehubungan itu, syarikat atau konsortium yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan projek-projek yang berkaitan dengan penjanaan tenaga, memiliki keupayaan teknikal dan kewangan untuk membangunkan, membiayai dan mengoperasi loji janakuasa solar adalah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam proses bidaan kompetitif mengikut kriteria yang ditetapkan dalam dokumen Request for Proposal (RFP).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dokumen RFP akan dijual mulai dari 1 April 2024 sehingga 16 April 2024 jam 5.00 petang secara dalam talian melalui laman sesawang ST iaitu www.st.gov.my. Maklumat lanjut mengenai pembelian dokumen RFP ini juga boleh didapati melalui Notis Pemakluman di laman sesawang ST.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd