Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan 3 Dakwa Dipukul, Dimalukan Dan Nyaris Dijerut Dawai

Seorang pelajar tingkatan tiga melalui pengalaman hitam apabila dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, Kelantan semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dikatakan bermula apabila mangsa didatangi enam pelajar senior sebelum dia ditampar, ditumbuk dan ditendang berulang kali. Lebih memalukan, seluar mangsa turut dilondehkan sehingga paras lutut.

pelajar

Foto: Gambar Hiasan (Caria Google)

Lebih mengerikan, mangsa hampir dijerut menggunakan seutas dawai oleh kumpulan pelajar terbabit, namun keadaan sempat diselamatkan apabila seorang guru melalui kawasan berkenaan dan segera menghentikan insiden tersebut.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan Dua Direman! Berani Tumbuk, Ugut Guru Selepas Ditegur ‘Ponteng’ Kelas

Ibu saudara mangsa menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu, malah mendedahkan bahawa keluarganya menerima tekanan daripada pihak keluarga suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malam tadi, enam keluarga datang ke rumah mak ayah saya meminta kami menarik semula laporan polis. Saya mohon supaya perkara ini tidak dijadikan mainan. Jangan paksa kami untuk diam kerana apa yang berlaku nyaris meragut nyawa anak saudara saya.
“Jika guru tidak sempat melintas kawasan itu, mungkin anak saudara saya sudah tidak ada hari ini. Mereka masih muda, baru tingkatan empat, tetapi sudah berani bertindak sampai ke tahap ini.
Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka meningkat dewasa nanti,” katanya.

pelajar

Kenyataan itu sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai di media sosial yang mengecam tindakan kumpulan pelajar berkenaan serta menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan insiden berkenaan.

Menurutnya, enam pelajar berusia 16 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan proses tahanan reman dijalankan pagi ini.

“Kes masih dalam siasatan lanjut dan saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas ini,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd