Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Netizen Kongsi Semula Video Penceramah Ulas Isu Jasad Mualaf Dibakar – “Satu Kampung Dilaknat”

Susulan tular berita jenazah suami kepada pelakon Indonesia, Jennifer Coppen iaitu Yitta Dali Wassink dibakar walaupun sudah memeluk Islam, netizen mula mempersoalkan tindakan keluarga lelaki tersebut.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nursaidah telah memuat naik semula video penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad berkenaan isu jasad mualaf dibakar.

Ustaz Abdul Somad ulas isu jasad mualaf dibakar

@nursaidahnst2311

Membalas @hf_sheza #nursaidahnst2311

♬ Epic Inspiration – DM Production

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada video itu, Ustaz Abdul Somad berkata, berdasarkan syariat Islam hukumnya haram untuk membakar jenazah seorang Muslim.

“Bagaimana jika ada seorang Muslim yang mayatnya dibakar kerana keluarganya tidak tahu dia sudah Muslim? Maka sekampung itu menanggung dosanya.
“Itulah yang dinamakan fardu kifayah. Kifaya bermaksud jika sebahagian daripada masyarakt melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat,” katanya.

Isu Jasad Mualaf Dibakar

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Somad juga menasihatkan mana-mana mualaf untuk mencatat dan menyimpan rekod sebagai bukti mereka telah memeluk Islam.

“Sebab itu saya selalu nasihatkan mana-mana mualaf untuk memberitahu mereka telah memeluk Islam kepada keluarga atau rakan dan mendaftar di pusat mualaf di daerah mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Abdul Somad juga berkongsi satu cerita berkenaan isu yang hampir sama dengan kisah Dali Wassink.

Artikel lain: Ramai Hadir Ke Majlis Tabur Abu Mayat Arwah Suami, Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Datang seorang Muslim yang bersaksi dan mempunyai bukti jenazah telah masuk Islam, maka jenazah itu perlu dikebumikan.
“Seorang yang melaksanakan fardhu kifayah ini, semua penduduk di daerah ini selamat. Kalau tidak dilaksanakan, satu daerah ini dilaknak Allah SWT, jadi hati-hati,” kongsinya.

Terdahulu, suami kepada Jennifer itu meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menaiki motorsikal.

Isu Jasad Mualaf Dibakar

Menurut aktres itu, mayat Dali Wassink dibakar walaupun dia sudah memeluk Islam kerana ia merupakan permintaan suaminya sendiri ketika masih hidup.

“Kenapa Dali dibakar? Saya nak minta awak hormati sahaja keputusan keluarga. Dan itu permintaan Dali. Memang Dali ni mualaf, Dali baru belajar Islam.
“Sebelum makan baca bismillah. Masuk rumah ucap Assalamualaikum. Tetapi mungkin kerana dia tidak belajar banyak, Dali tidak begitu faham tentang agama Islam. Dan itu adalah permintaan Dali untuk dibakar.
“Tolong hormati sahaja keputusan Dali. Sekarang Dali sudah aman,” jelas ibu kepada seorang anak itu,” katanya.

Sumber: TikTok nursaidahnst2311

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd