Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Najib Razak Khianati Kepercayaan Awam, SRC International Mahu RM42 Juta Dikembalikan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Naji Tun Razak mengkhianati kepercayaan awam dengan menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang sepatutnya digunakan untuk menjamin masa depan tenaga dan manfaat pesara perkhidmatan awam di negara ini.

Peguam Kwan Will Sen yang mewakili SRC International dan anak syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dalam saman sivil RM42 juta terhadap Najib, berkata bahawa sudah 10 tahun wang itu berada dalam akaun peribadi Najib dan kini, dua syarikat berkenaan mahu wang itu dikembalikan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan pembukaan pada hari pertama perbicaraan kes saman sivil yang difailkan oleh SRC International dan Gandingan Mentari pada Mei 2022 terhadap Najib yang merupakan satu-satunya defendan.

Najib Razak khianati kepercayaan awam

Najib Razak khianati kepercayaan awam

“Tiga mahkamah, iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, mendapati beliau (Najib) telah melakukan kesalahan jenayah atas perbuatan ini tanpa sebarang keraguan munasabah.
“Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa itu mempunyai kawalan penuh terhadap SRC International. Beliau memegang jawatan penting termasuk Penasihat Emeritus. Oleh itu, tiada transaksi besar yang berlaku tapa pengetahuan atau persetujuannya,” katanya.

Kwan berkata keterangan akan membuktikan bahawa RM42 juta itu dipindahkan daripada SRC International dan akhirnya masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib. Daripada jumlah ini, RM32 juta dipindahkan segera kepada dua syarikat yang sebelum ini menampung kekurangan dalam akaun Najib.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Najib Razak khianati kepercayaan awam

“Pemindahan ini dibuat berdasarkan surat arahan yang mengandungi tandatangan peribadi beliau (Najib). Baki RMIO juta lagi dibelanjakan melalui cek peribadi yang dikeluarkan Najib sendiri.
“Kami menyatakan bahawa jejak wang ini jelas, bukti dokumen ini sangat banyak dan pengakuan bersumpah Najib juga menunjukkan kesalahan. Kami akan membuktikan kes ini di bawah tiga asas tindakan yang saling melengkapi, iait penerimaan dengan pengetahuan, bantuan tidak jujur, dan salah laku dalam jawatan awam.
“Atas mana-mana asas ini, keadilan menuntut supaya dana awam ini dikembalikan kepada pemilik yang sah – rakyat Malaysia,” katanya.

Mahkamah hari ini mendengar keterangan saksi pertama, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YRIM) Ung Su Ling, 57, yang pelantikannya diluluskan Najilo.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan akan bersambung pada 6 Nov ini.

Saman yang difailkan pada Mei 2022 itu mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah, menerima dana dengan pengetahuan, tort salah laku dan salah guna kuasa berhubung penyelewengan dana SRC International.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd