Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nahas Pelajar UPSI: KP Kesihatan Kenang Jasa Petugas KKM – “Mereka Semua Luar Biasa”

KP Kesihatan kenang jasa petugas KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abd. Wahab merakamkan jutaan terima kasih buat semua petugas kesihatan yang telah bertindak pantas bersengkang mata membantu mangsa nahas kemalangan bas membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

KP Kesihatan kenang jasa petugas KKM

KP Kesihatan kenang jasa petugas KKM

Foto: Adam Ibnu Khan

Beliau memberitahu berita duka ini bukan sahaja ujian buat negara tetapi menunjukkan kesiapsiagaan wira-wira barisan hadapan dalam memberikan bantuan yang terbaik membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

“Dengan penuh rasa syukur dan takzim, saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang telah bertindak pantas, penuh dedikasi, dan berkorban masa dalam menangani tragedi nahas bas penuntut UPSI yang amat menyedihkan hati.
“Kejadian di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, ini bukan sekadar satu ujian bagi negara, tetapi juga membuktikan kekuatan, ketabahan dan keikhlasan para wira kesihatan kita.
“Pada saat genting itu, staf kesihatan KKM berdiri teguh di barisan hadapan tanpa ragu, fanpa rungutan dan tanpa mengira waktu untuk menyelamatkan nyawa dan meringankan beban mangsa serta keluarga mereka,” kata Mahathar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Mahathar menyifatkan kakitangan perubatan di Hospital Gerik begitu luar biasa kerana mampu menguruskan pesakit dengan jumlah yang banyak biarpun berdepan masalah kapasiti yang terhad.

KP Kesihatan kenang jasa petugas KKM

Foto: Adam Ibnu Khan

“Kepada Pasukan Hospital Gerik, anda sungguh luar biasa. Sebuah hospital daerah dengan kapasiti terhad berjaya mengendalikan 29 mangsa cedera, melakukan bedah siasat, dan memberikan sokongan emosi kepada keluarga yang berduka.
“Pengorbanan seluruh staf daripada berjaga hingga larut malam sehingga datang seawal jam 3 pagi walaupun bukan waktu bertugas adalah contoh sebenar semangat #KamiSedia Membantu,” ujarnya.

Bekas Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur itu turut tidak melupakan kerjasama yang jitu ditunjukkan oleh beberapa hospital dan klinik kesihatan lain dalam memberi sokongan serta bantuan bagi proses menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

KP Kesihatan kenang jasa petugas KKM

Foto: MalaysiaGazette

“Pasukan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Baling dan Hospital Taiping pula menunjukkan kerjasama padu dalam mengendalikan bedah siasat, rawatan kritikal dan pemindahan mangsa. Anda membuktikan bahawa sistem kesihatan Malaysia mampu menghadapi situasi kritikal dengan koordinasi yang berkesan dan semangat profesionalisme.
“Staf Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan juga memainkan peranan penting dengan sumbangan dari segi logistik, bantuan psikososial serta pemantauan pasca-trauma.
“Walaupun tugas ini mungkin tidak kelihatan, ia sangat bermakna bagi mangsa dan keluarga yang dilanda kesedihan. Seperti kata Dr Adam, “Kitalah yang berdiri di barisan hadapan, menyumbang bakti tanpa banyak bicara”.
“Seluruh staf KKM yang terlibat termasuk doktor, jururawat dan staf sokongan adalah wira sebenar. Tragedi ini membuktikan bahawa semangat pengorbanan dan komitmen anda tidak pernah luntur. Sekian, dengan penuh penghormatan dan doa,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Untuk rekod, kemalangan itu melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak telah meragut sebanyak 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi Isnin.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam...

Lokal

Seorang doktor lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di Kuala Terengganu, pada Selasa. Mangsa...

Sosial

Baru-baru ini, tular sebuah kisah menyentuh hati melibatkan seorang suami, Khairul Azhar Jainal Abidin, 27, yang terpaksa reda akan pemergian arwah isterinya, Ain Farhana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd