Jabatan Mufti Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal mengenai penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah.
Ia susulan kekeliruan berhubung kemungkinan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat berbanding jangkaan takwim tahunan pada hari Sabtu.
Mufti Perak Nasihat Jangan Buat Spekulasi
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Mufti Negeri, takwim hijri yang diedarkan hanyalah berdasarkan data hisab sebagai panduan perancangan.
“Bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan pihak berautoriti.
“Perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam,” kata Jabatan Mufti Perak.
Artikel lain: Berkuat Kuasa Hingga Raya Kedua! Jakarta Tutup Kelab Malam, Bar Sepanjang Ramadan
Kenyataan itu turut menjelaskan faktor kedudukan hilal serta keadaan cuaca turut mempengaruhi kenampakan anak bulan ketika cerapan dijalankan.
Masyarakat dinasihatkan supaya menunggu pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum membuat sebarang perancangan.
Sumber: FB Jabatan Mufti Negeri Perak











































