Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Xiaomi Perkenal Kereta Elektrik Pertama, SU7 Hari Ini

Syarikat teknologi terkemuka, Xiaomi bakal perkenal model kereta elektrik (EV) pertama keluarannya, SU7 pada hari ini sekitar jam 2 petang.

Menerusi satu muat naik di platform X, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Xiaomi, Lei Jun berkata acara tersebut akan berlangsung selama tiga jam.

Lei Jun berkata, pihaknya telah menerima banyak soalan susulan dari pengumuman berhubung pelancaran jentera pertamanya itu.

Justeru, Lei Jun mengambil inisiatif untuk menjawab beberapa soalan yang pernah diajukan kepadanya sebelum ini dalam satu muat naik berbeza.

Menurutnya, acara pada hari ini akan memfokuskan kepada perkembangan teknologi Xiaomi dan tiada sebarang pelancaran produk akan dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“EV pintar yang menggabungkan teknologi automotif dengan elektronik pengguna. Pengalaman luas yang kami kumpul dalam bidang elektronik selama ini banyak membantu Xiaomi menghasilkan EV ini,” katanya.

Xiaomi perkenal kereta elektrik pertama

Dalam pada itu, Lei Jun juga berkongsi bahawa SU7 adalah sebuah kereta sedan yang dipasang dengan pelbagai ekosistem dan teknologi moden.

“Ia juga dapat dihubungkan dengan telefon pintar keluaran Xiaomi sendiri.
“Alasan mengapa kami memilih rekaan kereta sedan pula akan saya jelaskan pada 28 Disember nanti,” ujarnya.

Tambahnya, SU7 dibina bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana automobil namun ia diilhamkan oleh penyelidikan pengguna selain pihaknya hanya mahu memenuhi aspirasi pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami mengutamakan teknologi kepintaran buatan dan mengambil inspirasi dari sistem terkemuka dalam kereta seperti Tesla Model S.
“Xiaomi SU7 akan menawarkan teknologi yang mantap dan ekosistem sokongan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan anda,” kongsinya.

Menyentuh pemilihan nama SU7 bagi EV pertama mereka, Lei Jun berkata ianya mempunyai maksud yang tersendiri kepada Xiaomi.

“Abjad SU mewakili frasa Speed Ultra. SU7 bakal menjadi ‘raksasa’ yang berprestasi tinggi,” katanya.

Sumber: X Lei Jun

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd