Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga Singapura Terlibat Insiden Pijak al-Quran, Video Lama Tular Semula — MCMC

Seorang warga Singapura dipercayai terlibat dalam insiden memijak al-Quran yang berlaku di republik itu pada 2024, susulan penularan semula video lama berkenaan di media sosial, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Foto: MCMC

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kandungan tersebut yang dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura,” menurut kenyataan itu.

Foto: Media sosial

MCMC berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan platform media sosial terlibat khususnya Threads, Facebook dan TikTok bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

“MCMC sedang bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Suruhanjaya itu turut menegaskan bahawa penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

“MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa,” tegas MCMC.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula video tersebut dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada MCMC melalui portal aduan rasmi atau kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sumber: Facebook MCMC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd