Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tak Tahu Ini Salah..”- Warga Asing Ditahan, Beli MyKad Palsu RM300 Untuk Bekerja

Warga Asing Ditahan

Operasi bersepadu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di sebuah kilang elektronik di sini pada Rabu berjaya menumpaskan kes pemalsuan kad pengenalan MyKad, membabitkan 15 wanita warga Indonesia.

Op Vape bermula jam 7.30 malam itu dijalankan bagi membanteras pemalsuan dokumen pengenalan diri serta penyalahgunaan kad pengenalan milik orang lain untuk tujuan pekerjaan.

Warga Asing Ditahan, Beli MyKad Palsu RM300

Seorang wanita Indonesia, Nulina, 37, berkata dia diperkenalkan kepada seorang ejen oleh rakannya untuk mendapatkan MyKad palsu dengan bayaran RM300.

“Buat IC ini dengan kawan dan beli dari dia. Saya baru saja gunakannya sebab mahu kerja… tak tahu ini salah,” kata ibu dua anak itu selepas ditahan.

Seorang lagi wanita, Murni, 25, mendakwa dia terpaksa menggunakan salinan MyKad milik orang lain kerana janji pekerjaan sebagai pembantu rumah tidak dipenuhi selepas tiba di Malaysia pada 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bermacam kerja saya buat… pekerja restoran. Lepas itu ada kawan ajak kerja kilang sini dan pakai IC kawannya untuk dapatkan kerja. Saya gunakan fotostat sahaja, tak bayar pun,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata operasi itu dijalankan hasil intipan selama tiga minggu dan berjaya mengesan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu serta menggunakan kad pengenalan orang lain.

Tegas beliau, tindakan JPN di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Artikel lain: JPN Tampil Beri Penjelasan Dakwaan Warga Pakistan Peroleh Kad Pengenalan

JIM pula akan menyiasat jika individu terbabit memasuki negara tanpa dokumen sah, menggunakan pas kerja tamat tempoh atau salah guna pas, manakala JTK menguatkuasakan Akta Kerja 1955 bagi memastikan pematuhan undang-undang buruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias. Saifuddin menambah pihak berkuasa akan menyiasat semua elemen termasuk mengenal pasti dalang serta ekosistem kegiatan terbabit secara menyeluruh.

“Operasi bersama ini akan kita kenal pasti siasatan dibuka dengan mengumpul semua maklumat dan dokumen syarikat dari mana tenaga kerja ini diperolehi,” katanya.

Tegasnya, kerajaan memandang serius sebarang bentuk penyelewengan dan pemalsuan dokumen pengenalan diri kerana ia memberi implikasi besar terhadap keselamatan negara.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sukan

Penggantungan Datuk Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah tamat, sekali gus membolehkan beliau kembali menggalas tanggungjawab itu berkuat kuasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd