Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Toyota Alphard Milik Ustaz Firdaus Firabib Ditemui, Dron & Kamera Lesap

Ustaz Firdaus Firabib

Misteri kehilangan Toyota Alphard milik pendakwah dan usahawan terkenal, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Firdaus Firabib, akhirnya terungkai apabila kenderaan mewah itu ditemui semula di Bukit Merah, Perak semalam.

MPV bernombor pendaftaran VM7515 itu sebelum ini dilaporkan hilang dari kawasan parkir sebuah hotel di Ipoh pada Sabtu lalu.

“Alhamdulillah syukur, Toyota Alphard sudah ditemui,” katanya dan mengesahkan kenderaan tersebut telah dikenal pasti sepenuhnya sebagai miliknya.

Toyota Alphard Milik Ustaz Firdaus Firabib Ditemui

Namun, Ustaz Firdaus memaklumkan bahawa beberapa barangan penting yang berada dalam kenderaan itu termasuk sebuah dron dan kamera masih belum ditemui.

Memang jelas itu kereta saya, cuma kamera dan dron tiada.
Kalau ada yang ternampak orang jual kamera atau dron murah-murah atau tahu kedai mana yang mungkin ada jual, tolong maklumkan kepada saya,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat serta pihak polis atas bantuan dan tindakan pantas dalam mengesan kenderaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ustaz Firdaus Farabib Tawar Ganjaran RM3,000 Kesan Toyota Alphard Hilang

Terdahulu, media melaporkan kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang dicuri di parkir sebuah hotel di Sungai Senam dilihat keluar melalui pintu sisi tempat penginapan tersebut awal pagi Sabtu.

Mohd Firdaus, yang juga Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd, sebelum ini berada di Ipoh bagi mempromosikan produk perniagaannya, Nasi Kabsah bersama Tehyeish, pada 15 hingga 18 Mei di Masjid Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu meninggalkan kawasan hotel kira-kira jam 5.25 pagi pada hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kehilangan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Sumber: FB Firdaus Firabib

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd