Baru-baru ini tular, berita kehilangan sebuah kereta milik Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd, Mohd Firdaus Mat Akhir di sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh.
Ustaz Firdaus Farabib Tawar Ganjaran RM3,000
Sehubungan itu, beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Firdaus Farabib memaklumka akan memberikan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada individu yang berjaya menemukan kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran VM7515.
Beliau juga memberitahu, sebanyak RM1,000 sebagai ganjaran tambahan jika dron dan kamera DSLR beserta lensa yang turut berada di dalam kereta dapat dikembalikan dengan selamat.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri di media sosial miliknya, ketika menjayakan Tour Tehyeish x Nasi Kabsah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
“Saya hanya menyedari kehilangan pada jam 12 tengah hari Sabtu ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut setelah diparkir pada jam 11.30 malam hari sebelumnya,” kata Ustaz Firdaus Farabib, semalam.
Dalam pada itu, beliau reda atas segala musibah yang telah terjadi dan tidak dinafikan misi jelajahnya ke Perak mendapat sokongan yang luar biasa daripada penduduk Ipoh dan kawasan berhampiran.
“Kehadiran kami disambut baik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim yang sudi menyantuni kami.
“Kami juga sangat berbesar hati apabila Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli dan menyantap hidangan yang kami sediakan,” ucapnya.
Artikel lain: Lelaki Tersedar Kereta Baru Yang Dibeli, Rupanya Kereta Miliknya Yang Dicuri
Terdahulu, media melaporkan kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang dicuri di parkir sebuah hotel di Sungai Senam dilihat keluar melalui pintu sisi tempat penginapan tersebut awal pagi Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan itu diperoleh hasil siasatan awal dan rakaman litar tertutup (CCTV).
Beliau berkata, pihak polis memandang serius insiden itu dan menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Untuk rekod kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes pencurian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatin Nur Nazihah Zainuddin di talian 019-636 3536 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Facebook Mohammad Haris Baharudin, TikTok Firdaus Firabib
