Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Undang-Undang Lelaki Goda Isteri Orang Dimansuhkan – Mahkamah

Undang-undang Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang goda isteri orang dimansuhkan kerana ia tidak berperlembagaan, menurut Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata, panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang lelaki goda isteri orang dimansuhkan

Artikel lain: Harmonisasi Undang-Undang Perlu Diterokai

“Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengenepikan semua hak isteri. Oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja.
“Hakikat bahawa inilah isu sebenarnya, diterangkan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan bahawa ‘Tiada mahkamah boleh melihat ada kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami kepada perempuan itu,” kata Tengku Maimun.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Dunia

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah memaklumkan bahawa berlaku serangan di Qatar, dan menggesa semua rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah atau bangunan...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd