Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Pak Cik Grab OKU Beri Gadis Sakit RM70, ALLAH Ganti RM300 Dalam Masa Sama

Sebelum ini tular di media sosial hantaran seorang pengguna Thread dikenali sebagai mirzahiraa apabila dibantu pemandu e-hailing (pak cik Grab) sewaktu berada dalam keadaan sulit.

Pak cik Grab dapat rezeki tak disangka lepas beri RM70

Memetik laporan daripada Sinar Harian, sikap prihatin pemandu e-hailing warga emas itu, Mohamad Safie Rabian, 66, nyata meninggalkan kesan mendalam selepas kisah bantuannya terhadap seorang gadis yang sakit tular di media sosial.

“Saya bagi dia RM70 untuk duit belanja dan tak sangka ALLAH gantikan dengan RM300 pada hari sama,” kongsi beliau mengenai hikmah di sebalik bantuan ikhlas itu.

Pak cik Grab tulus beri bantuan

Mohamad Safie yang juga seorang OKU fizikal, menceritakan bahawa dia tiada niat lain selain membantu gadis itu yang kelihatan lemah dan menangis ketika menempah Grab dari Kemayan Square ke sebuah klinik di Seremban.

“Sebaik sampai di lokasi, saya nampak dia berjalan dalam keadaan lemah sambil menangis,” katanya.

Melihat keadaan gadis itu yang tinggal sebatang kara di Seremban kerana ibu bapanya berada di Ipoh, Safie menyatakan tidak sampai hati membiarkan sahaja gadis tersebut menguruskan semuanya seorang diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik sampai di klinik, saya tanya berapa wang yang dia ada dan dia beritahu hanya ada RM30, saya kata duit itu tak cukup untuk bayar rawatan,” jelasnya.

pak cik grab

Kredit foto: Sinar Harian

Beliau kemudian mencadangkan gadis itu ke hospital kerajaan, yang diterimanya dengan bersetuju.

Selain membantu membayar kos rawatan, Safie membeli sebungkus roti dan sekotak minuman untuk gadis tersebut.

“Bila saya tengok gadis itu, saya terfikir macam anak sendiri yang sakit dan saya sendiri pun pernah susah, pernah tak ada duit dalam poket. Tapi saya percaya yang ALLAH telah gerakkan hati saya untuk membantu,” katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pak Cik Grab Asyik Tersalah Simpang, Lelaki Tawar Diri Untuk Bonceng Motosikal

Bapa kepada empat anak ini juga menghulurkan RM70 sebagai duit belanja dan terus memantau perkembangan gadis itu melalui mesej, malah menawarkan bantuan membeli keperluan asas sekiranya gadis itu ditahan di wad.

“Jujur cakap, saya tiada niat lain melainkan mahu membantu dan saya percaya yang ALLAH temukan saya dengan dia kerana nak uji saya sama ada sanggup membantu dia atau abaikannya,” ujarnya.

Mohamad Safie yang pernah berkhidmat selama 29 tahun di Tentera Laut sebelum bersara kini mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

Pengalaman kali ini dirasakan luar biasa apabila rezeki datang tanpa disangka-sangka, termasuk sumbangan daripada individu tidak dikenali selepas kisahnya tular.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd