Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, berkongsi pengalaman mengejutkan selepas mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra dalam keadaan nafas tercungap-cungap, mendakwa dirinya cuba dibunuh.
“Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!” ujar beliau menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Isnin.
Firdaus Wong memaklumkan, menurut Cikgu Chandra, tiga lelaki bersenjatakan parang memasuki perkarangan rumahnya di Puchong sambil memakai topeng penuh.
Tiga Lelaki Bertopeng Didakwa Serang Cikgu Chandra
Mereka turut memecahkan cermin kereta dan tingkap rumah sebelum cuba memecah masuk ke dalam rumah.
“Siapakah pelakunya dan siapakah dalangnya? Mohon pihak berkuasa siasat dan tangkap kesemua pelaku serta mereka yang menghasut sehingga mereka berani melakukan semua ini!” katanya lagi.
Tambah beliau, pihak polis ketika ini sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
Artikel lain: Firdaus Wong Tidak Setuju Himpunan Turun Anwar, Seru Fikir Kesan Jangka Panjang
“Saya telah meminta sahabat untuk memindahkan keluarga Cikgu Chandra ke kawasan perumahan majoriti Muslim demi keselamatan mereka semua,” katanya.
Firdaus Wong turut menegaskan lokasi baharu keluarga tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.
Sumber: FB Firdaus Wong










































