Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tidak Terancam Di Bawah Kerajaan Perpaduan, Tabika Pra Tahfiz KEMAS Bukti Islam Semakin Kukuh – Ahmad Zahid

Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) antara bukti agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan demikian disamping turut berkata agama Islam semakin kukuh di Malaysia.

Islam tidak terancam di bawah kerajaan perpaduan

Islam tidak terancam di bawah kerajaan perpaduan

Foto: Berita Harian

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian bagi menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya agama Islam dan orang Melayu terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata program tersebut malahan telah menjadi pencetus kepada perubahan dalam pendidikan Islam.

Artikel lain: Kerajaan Bantu Rakyat Hadapi Kenaikan Kos Sara Hidup, Peruntuk RM58.1 Bilion Jumlah Keseluruhan Subsidi

Ahmad Zahid juga berkata DAP, salah satu parti komponen dalam gabungan politik itu tidak pernah menentang program berkenaan apabila ia dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Mereka sangat prihatin terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Islam tidak terancam di bawah kerajaan perpaduan

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor di Nibong Tebal pada Selasa.

Sementara itu, beliau turut berkata program itu akan memberik penekanan terhadap ibadah lain termasuk solat kepada anak-anak di Tabika KEMAS.

“Disamping itu juga, kita tidak mengetepikan soal agama lain dan juga bangsa lain yang memasuki tabika atau tadika. Di Tadika Perpaduan umpamanya, pendidikan sivik dilaksanakan.
“Begitu juga mana-mana anak orang bukan Islam yang masuk ke Tadika Kemas, pendidikan yang begitu juga dibuat ketika pengajaran al-Quran dan solat dilakukan,” ujarnya.

Sekadar info, Tabika Pra Tahfiz Kemas adalah program untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas.

Islam tidak terancam di bawah kerajaan perpaduan

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.

Selain itu, program ini turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi memperkasakan Pendidika al-Quran kepada kanak-kanak.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd