Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Tangguh inkues bukan untuk lengahkan keadilan – Ram Singh

Tangguh inkues

Tangguh inkues?

Pasukan pembelaan yang mewakili lima remaja bawah umur didakwa terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan permohonan mereka untuk penggantungan prosiding inkues bukan bertujuan melengahkan usaha mendapatkan keadilan.

Sebaliknya, peguam Datuk Ram Singh berkata pihaknya hanya menggunakan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Apabila kami memohon penangguhan, bukan kerana mahu melengahkan inkues. Kami mohon penangguhan kerana itu adalah proses undang-undang,” katanya selepas pendengaran permohonan pihak berkepentingan bagi inkues kematian Zara Qairina, hari ini.

Ram menambah, pihaknya menekankan kepentingan melindungi semua saksi terutama saksi kanak-kanak sepanjang prosiding berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami juga ingin tahu siapa saksi kanak-kanak dan adakah lima remaja terbabit yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak baru-baru ini akan dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Menurut beliau, pengendalian saksi adalah perkara penting, dan pihak pembelaan mahu inkues dijalankan secara teratur serta adil.

“Inkues adalah untuk mencari fakta. Kami hanya cuba merungkai kebenaran dan kebenaran itu akan muncul di mahkamah melalui keterangan saksi serta proses soal balas,” katanya lagi.

Tangguh inkues bukan untuk lengahkan keadilan

Ram turut menegaskan hak pihak pembelaan untuk mencabar sebarang isu atau bukti yang boleh menjejaskan anak guam mereka.

“Undang-undang sangat jelas, kanak-kanak mesti dilindungi. Itulah asas kepada hujahan kami,”ujar beliau.

Terdahulu, Ram bersama peguam Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan memohon diterima sebagai pihak berkepentingan serta meminta penangguhan inkues. Mereka mewakili seorang daripada lima remaja bawah umur yang dikaitkan dengan kes buli berkenaan.

Bagaimanapun, peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri, membantah permohonan itu dengan menegaskan tindakan membenarkan pihak yang didakwa membuli campur tangan dalam prosiding adalah suatu penghinaan.

Foto: BH

Shahlan berkata, inkues perlu diteruskan seperti dijadualkan memandangkan ibu arwah, Noraidah Lamat, sudah lama menanti prosiding berkenaan dan penggalian semula jenazah anaknya merupakan keputusan yang amat sukar.

Shahlan hadir bersama pasukan peguamnya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah, yang mewakili empat lagi pesalah juvana, turut menyokong hujahan Ram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Permohonan Tangguh Ditolak Mahkamah, Ibu Zara Qairina Gembira Prosiding Diteruskan

Dalam prosiding hari ini, Koroner Azreena Aziz memutuskan inkues akan diteruskan seperti dijadualkan namun akan didengar di hadapan koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Azreena turut dimaklumkan senarai saksi dijangka dimuktamadkan hari ini atau esok, manakala semua dokumen berkaitan akan disiapkan selewat-lewatnya Selasa ini untuk diberikan kepada semua pihak.

Pada 20 Ogos lalu, lima remaja berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kata-kata menghina Allahyarham Zara Qairina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zara Qairina, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama di Papar, ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) keesokan harinya.

Kematian tragisnya mencetuskan gelombang solidariti masyarakat dan gesaan daripada pemimpin negeri, aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar siasatan menyeluruh dilakukan demi menegakkan keadilan.

Sumber:  BH Online (Ersie Anjumin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Lokal

Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu bertukar tragedi apabila mengalami kecelakaan jalan raya di kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi, Rompin,...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperhebat kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta demi memperkasa sosioekonomi veteran tentera.  Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha...

Lokal

Perjalanan seorang eksekutif jualan untuk menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 berakhir tragedi apabila motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terbabas di Jalan Palong 8, Bera, pagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd