Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tak Perlu Cerita Buruk Polis, Pulihkan Secara Dalaman” – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta untuk tak perlu cerita buruk polis malah, pulihkan imej unit tersebut secara dalaman tanpa mendedahkan kepada umum.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau berkata sedemikian susulan tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang menegur kehidupan mewah segelintir anggota polis dipercayai hasil bersekongkol dengan sindiket.

Tak perlu cerita buruk polis

Artikel lain: KDN Cari Jalan Keluar Isu Gaji Rendah Anggota Baharu Polis

“Tak payah cerita keburukan anak kita (pasukan polis) ada kudis (keburukan), lebih baik pulihkannya secara dalaman.
“Sebelum ini saya sudah berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Pengarah Jabatan untuk melihat isu pegawai hidup mewah namun bagi saya lebih bagus perkara sebegini kita ambil tindakan dalaman berbanding cerita keburukan itu kepada umum.
“Kalau cerita anak kita (polis) ada kudis, orang akan dakwa ia kusta sekali gus mereka (pihak luar) tidak mahu berkawan dengan kita.
“Lebih bagus kita cerita apabila kita sudah pulihkan kudis (keburukan) anak itu dan berkemungkinan orang luar akan terkejut serta mahu mempelajari cara bagaimana kita ubati kudis tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Razarudin tidak menafikan bahawa wujud segelintir pegawai dan anggota yang bersubahat dengan sindiket untuk mendapatkan kehidupan mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau tanya saya, ada pegawai dan anggota terlibat dengan sindiket? Saya kena cakap ada ini kerana ketika saya memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik beberapa pegawai serta anggota dikenakan tindakan di bawah Langkah- langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 susulan bersekongkol dengan sindiket.
“Jika kita lihat, sejak Januari hingga Ogos lalu seramai 90 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diikuti sebanyak 881 siasatan tata tertib dibuka polis.
“Namun sekiranya dibandingkan dengan jumlah keanggotaan 130,000 polis seluruh negara hanya 0.06 peratus saja terpalit dalam kesalahan dan jumlah ini sangat kecil namun kita akan baiki kelemahan ini,” ujarnya lagi.

Pun begitu, beliau yakin serta percaya pimpinan tertinggi PDRM termasuklah ketua polis negeri tidak terlibat dalam masalah integriti yang boleh menyumbang kepada salah guna kuasa dan rasuah.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd