Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tabung Haji Difitnah, Timbalan Menteri Agama Minta Penyebar Segera Bertaubat

Pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar terhadap Tabung Haji (TH) digesa segera bertaubat serta memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau berkata, meskipun TH telah menjelaskan isu berkaitan penjenamaan semula, masih ada segelintir pihak menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat.

tabung haji

Foto: MG

“Apabila menerima sesuatu berita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah tabayun, iaitu menyemak kesahihan maklumat.
“Kepada mereka yang menyebarkan fitnah, langkah pertama ialah bertaubat, membetulkan fakta, menunjukkan keinsafan dan memohon maaf kepada pihak yang difitnah,” katanya.

Menurutnya, perbuatan menyebarkan fitnah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada institusi Islam seperti TH, malah boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan haji negara yang diiktiraf antara terbaik di dunia.

Artikel lain: Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 2023 Kekal Mampan 3.1 Peratus

“Kita dapat lihat sendiri kecemerlangan Tabung Haji dalam menguruskan jemaah. Malah, Tabung Haji menerima anugerah Diamond Award dalam pengurusan haji. Itu bukti kejayaan yang sepatutnya kita syukuri,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam di negara ini agar terus memberi sokongan kepada usaha TH dalam memastikan perkhidmatan kepada jemaah haji berada pada tahap terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, TH menafikan dakwaan ia membelanjakan RM20 juta bagi tujuan penjenamaan semula.

TH menjelaskan, jumlah sebenar yang diperuntukkan hanyalah RM2 juta setahun bagi tempoh tiga tahun untuk proses peremajaan jenama (brand rejuvenation).

tabung haji

Foto: Bernama

Menurut TH, langkah itu merupakan pelaburan penting yang telah dilakukan beberapa kali sebelum ini sebagai usaha memperkukuh jenama, mengubah minda serta menarik minat umat Islam menabung secara sistematik demi memenuhi syarat kemampuan menunaikan haji.

Selain itu, proses penjenamaan semula tersebut turut melibatkan tinjauan pasaran serta sesi libat urus bersama para pendeposit bagi memahami keperluan mereka dengan lebih baik.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd