Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Syarikat Penerbangan China, Loong Air Lancar Laluan Pertama Xi’an-Penang Hari Ini

Syarikat penerbangan China, Loong Air lancar laluan pertama dari Xi’an ke Penang, Malaysia pada hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.

Menerusi satu kenyataan, penerbangan ini akan beroperasi dua kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin dan Jumaat menggunakan pesawat Airbus A320 dengan kapasiti 168 tempat duduk.

Syarikat penerbangan China, Loong Air lancar laluan pertama Xi’an ke Penang

Loong Air China Lancar Laluan Pertama Xi'an Penang

Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Yeoh Soon Hin berkata laluan baharu ini merupakan hasil usaha Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa lawatan rasminya ke  China.

“Laluan baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi Loong Air untuk mengembangkan jangkauan antarabangsa, hasil usaha Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa lawatan rasmi beliau ke China.
“Pengembangan ini juga membuktikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong China, khususnya dari utara China,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelancaran laluan baharu ini selaras dengan objektif Tahun Melawat Malaysia 2026, yang sejak beberapa bulan kebelakangan, negara ini telah menyaksikan peningkatan ketara dalam kedatangan pelancong dari China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loong Air China Lancar Laluan Pertama Xi'an Penang

Bagi tahun 2024, jumlah keseluruhan pelancong dari China adalah 3,038,314, iaitu pertumbuhan sebanyak 132.7% berbanding tahun sebelumnya.

Artikel lain: TRX City Batalkan Perjanjian Bina Taman Tema Bandar Malaysia, KLCCP Dijangka Ambil Alih

Dalam pada itu, dasar bebas visa yang kini dilanjutkan sehingga Disember 2026, bersama dengan peningkatan hubungan antara Malaysia dan China dijangka akan terus meningkatkan angka ini sekaligus memperkukuh pertukaran budaya antara dua negara ini.

Loong Air China Lancar Laluan Pertama Xi'an Penang

Sebagai info, penerbangan pertama dari Xi’an ke Penang disambut mesra oleh Yeoh bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Monaharan Periasamy serta Naib Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang, Ding Qiao.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir adalah wakil dari Malaysia Airposts Holding Berhad, pegawai dari Loong Air, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR), rakan kongsi eksklusif pengendalian darat untuk Loong Air, wakil kerajaan negeri Pulau Pinang, media dan pemegang berkepentingan utama yang lain.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd