Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perkukuh Hubungan Perdagangan, Syarikat Brazil Bakal Buka Pejabat Di KL Dan Selangor

Malaysia mampu memainkan peranan sebagai laluan strategik bagi industri semikonduktor untuk menembusi pasaran Asean dan Asia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Memetik laporan Harian Metro, Tengku Zafrul berkata Brazil pula boleh menjadi rakan kongsi Malaysia untuk menghubungkan pasaran ini ke Asia Pasifik.

Syarikat Brazil bakal buka pejabat di Kuala Lumpur dan Selangor

“Brazil mempunyai kelebihan dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), walaupun skala eksport semikonduktornya lebih kecil berbanding Malaysia.
“Eksport industri semikonduktor Malaysia pada 2023 dianggarkan AS$85 bilion (RM378.25 bilion), manakala Brazil hanya AS$1 bilion (RM4.45 bilion). Namun begitu, kepakaran mereka mampu melengkapkan ekosistem semikonduktor Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janiero, Brazil ketika menyertai lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mendedahkan bahawa beberapa syarikat Brazil juga bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia dan akan buka pejabat di Kuala Lumpur dan Selangor, khususnya di Pusat Reka Bentuk Litar Bersepadu Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat Brazil yang bercita-cita untuk menjadi peneraju global dalam industri ini juga diakui pakar dalam bidang tertentu seperti reka bentuk lirat bersepadu (IC).

Artikel lain: Majukan Industri Tempatan Dua Negara, Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Usaha mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia dilihat sebagai peluang besar untuk memperkukuhkan ekosistem semikonduktor kedua-dua negara.

Malaysia pula, menerusi strategi ‘Malaysia+1, ingin mempelbagaikan sumber bekalan dan pengeluaran untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat Malaysia pula ketika ini sedang meneroka peluang sinergi bersama rakan industri Brazil bagi membuka pasaran baharu di Amerika Latin dan Amerika Tengah.

“Kita mahu melihat diversifikasi jaringan bekalan kita, dan ini termasuk kerjasama erat dengan syarikat Brazil yang bersedia untuk bekerja dengan Malaysia,” jelas Tengku Zafrul.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama pemimpin industri daripada 24 syarikat terkemuka dan Persatuan Perniagaan Brazil.

Mesyuarat itu, yang dihadiri 36 pemimpin industri, berjaya menghasilkan potensi eksport bernilai RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Antara produk yang dikenal pasti termasuk minyak dan gas, semikonduktor, minyak sawit dan lemak masak, petrokimia, komponen aeroangkasa serta makanan dan minuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lawatan kerja itu turut disertai 20 syarikat Malaysia dengan 38 delegasi perniagaan, yang bertujuan menerokai peluang kolaborasi perniagaan bersama 20 syarikat Brazil.

Setakat ini, 17 syarikat terkemuka Brazil sudah mengimport barangan dan perkhidmatan Malaysia bernilai AS$270 juta (RM1.2 bilion).

Ini termasuk dalam bidang minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, peranti perubatan, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta industri halal.

Lawatan itu juga dijangka memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, sekali gus membuka peluang pertumbuhan baharu untuk kedua-dua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Kamarulzaidi Kamis)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Sosial

Netizen Malaysia bangga dapat ‘filter biru’ dalam filem terbaharu Marvel Studios iaitu Thunderbolts selepas mengeluarkan trailer atau pratonton bagi filem itu yang memaparkan lebih...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi, anugerah pingat ‘El Sol del Peru’ di Istana Kerajaan Peru dalam satu Istiadat Penganugerahan, pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd