Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

SUKMA 2024: Persatuan Renang Terengganu Mohon Maaf Hantar Penerjun Wanita Muslim

Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) tampil memohon maaf susulan hantar penerjun wanita muslim ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tanpa pengetahuan EXCO Kerajaan Negeri.

Memetik laporan TRDI, Presiden PRAT, Datuk Toh Chin Yaw berkata pihaknya bertanggungjawab penuh terhadap isu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam masyarakat itu.

Persatuan Renang Terengganu mohon maaf hantar penerjun wanita muslim

Terengganu Hantar Penerjun Wanita Muslim

Foto: Sinar Harian

“Sebelum ini kita telah banyak kali berjumpa dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan berbincang tentang syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.
“Dalam pertemuan sebelum ini juga, kita memohon untuk menghantar atlet-atlet ini ke SUKMA, kerana mereka telah lama berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara melalui persatuan.
“Tetapi untuk SUKMA ini kita hantar atlet melalui inisiatif PRAT sendiri dengan peruntukan dan tanggungan persatuan serta ibu bapa atlet tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya di pejabat MNST pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terengganu Hantar Penerjun Wanita Muslim

Foto: TRDI

Kata Chin Yaw, Kerajaan Negeri sentiasa memberi peringatan mengenai pakaian dalam sukan terbabit apabila melibatkan atlet muslim, bagaimanapun pihaknya salah faham mengenai isu berkenaan.

“Kami salah faham tentang isu kod pakaian, kami ingat ia biasa sahaja kerana ia diseragamkan di peringkat antarabangsa dalam mana-mana kejohanan, sehinggalah ia menjadi isu baru kami sedar kesilapan kami.
“Pengurus pasukan selalu berbincang dengan Exco Kerajaan Negeri dan isu mengenai pakaian sering ditekankan, kami fikir pakaian yang telah ditetapkan badan renang negara dan dunia itu tiada masalah,” katanya.

Artikel lain: Sasar Pelaburan Sebanyak RM100 Juta, Program I-Asset Trust Ditandatangani Empat Syarikat

Sementara itu, Pengurus Sukan Terjun, Foo Wai Choo mengaku Hishamuddin sudah melarang pihaknya menghantar atlet wanita beragama Islam ke SUKMA kerana menyalahi kod etika pakaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas ini kami akan cuba untuk mencari bakat daripada kalangan bukan Islam sebagaimana dibenarkan Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Hishamuddin pula menjelaskan pihaknya tidak menghalang sekiranya atlet dalam sukan terjun itu disertai atlet bukan Islam.

Terengganu Hantar Penerjun Wanita Muslim

Foto: TRDI

“Bahkan atlet berkenaan turut akan diletakan dalam program pembangunan sukan Terengganu, kerajaan akan beri sokongan.
“Dalam isu yang telah tular sehari dua ini kita berharap agar semua pihak tidak 100 peratus menyalahkan persatuan, isu ini ada hikmahnya, kita boleh melihat rakyat menyokong penuh garis panduan sukan yang diperkenalkan kerajaan negeri.
“Ia sangat berbeza dengan SUKMA 2022 dahulu. Kita dikecam sewaktu kerajaan tidak membenarkan atlet wanita islam sertai gimnastik, sekarang dikecam kerana didakwa menghantar atlet wanita islam sertai acara terjun. Jadi yang lemah kita perbaiki, yang baik kita teruskan,” katanya.

Sebelum ini, seorang pemimpin parti politik berkepentingan mendakwa Kerajaan Terengganu menghantar atlet wanita muslim bagi menyertai acara terjun di SUKMA.

Terengganu Hantar Penerjun Wanita Muslim

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Hishamuddin kemudian menjelaskan penyertaan atlet terjun wanita yang mewakili Terengganu itu berada di luar pengetahuan pihaknya.

Sumber: TRDI (Husaif Mamat)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd