Pasangan sensasi Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan perkara itu di acara karpet merah Anugerah Actors.
Roach ketika ditemui oleh Access Hollywood seolah-olah mengesahkan khabar berkenaan dengan nada bersahaja namun meyakinkan.
“Perkahwinan itu sudah pun berlaku. Anda terlepas,” katanya sebelum ketawa dan menambah bahawa ia “sangat benar”.
@celebsnapz ZENDAYA AND TOM ARE MARRIED 🥹 #zendaya #tomholland #videoviral #fyp #foryoupage
Stylist Dedah Zendaya, Tom Holland Kini Suami Isteri
Setakat ini, Zendaya mahupun Holland belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan tersebut.
Malah, butiran lanjut mengenai dakwaan perkahwinan itu juga tidak didedahkan.
Pasangan berkenaan pertama kali bertemu ketika membintangi filem Spider-Man: Homecoming pada 2016.
Mereka kemudiannya mengulangi watak sebagai Peter Parker dan Michelle Jones Watson dalam Spider-Man: Far From Home (2019) serta Spider-Man: No Way Home (2021).
Zendaya dan Holland dijadualkan kembali bergandingan pada 2026 menerusi Spider-Man: Brand New Day yang bakal ditayangkan pada Jun, selain filem The Odyssey arahan Christopher Nolan pada Julai tahun sama.
Hubungan pasangan itu mula didedahkan kepada umum pada 2021 selepas sekian lama berahsia.
Khabar angin pertunangan pula semakin hangat apabila Zendaya dilihat memakai cincin berlian ketika menghadiri Golden Globe Awards tahun lalu.
Holland kemudian menguatkan spekulasi tersebut apabila membetulkan seorang wartawan yang merujuk Zendaya sebagai teman wanitanya, sebaliknya menyebut pelakon itu sebagai ‘tunang’.
Walaupun memilih untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi, kedua-duanya terbuka bercakap mengenai keserasian di set penggambaran.
Artikel lain: Tom Holland Dan Zendaya Sah Bertunang
Dalam satu temu bual pada 2024, Holland menyifatkan peluang berlakon bersama Zendaya sebagai satu rahmat dan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
Zendaya pula ketika ditemu bual oleh Vanity Fair pada 2024 menyifatkan bekerja bersama Holland sebagai sesuatu yang selesa dan semula jadi, selain membuatkannya berasa lebih selamat ketika berlakon.
Sumber: TikTok celebsnapz










































