Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Sedang Jejaki Adam Radlan, Bantu Siasatan Kes Projek Mex 2

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes rasuah yang masih berjalan.

Alamat terakhir Adam Radlan di Sri Hartamas

Memetik laporan daripada Sinar Harian, SPRM menyatakan, lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai alamat terakhir di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada [email protected],” kata kenyataan tersebut.

 

adam radlan

Baru dibebaskan 20 Ogos lalu

Sebelum ini, pada 20 Ogos, Adam Radlan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun berjumlah RM4.1 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Penyelewengan Dana Sukuk: SPRM Rakam Keterangan Tan Sri

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Suzana Hussin selepas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, memaklumkan bahawa SPRM bersetuju menawarkan kompaun berkenaan kepada tertuduh.

Sumber: Sinar Harian (Adam ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd