Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sokong Transformasi Digital Negara, Microsoft Labur RM10.5 Bilion Di Malaysia

Microsoft mengumumkan bakal labur sebanyak RM10.5 bilion di Malaysia untuk membangunkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI).

Memetik laporan DagangNews, pelaburan yang akan dibuat dalam tempoh empat tahun itu adalah usaha untuk mempercepatkan transformasi digital di Malaysia.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, pihaknya bertekad untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan usaha itu membawa manfaat kepada rakyat negara ini.

“Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi terangkum dan mempelopori inovasi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Forum Kepimpinan Kebangsaan AI yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelaburan ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab digital terkemuka di peringkat serantau dengan fokus kepada meningkatkan kemahiran 200,00 rakyat Malaysia untuk menguasai AI.

Selain itu, pelaburan ini turut bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi serta keterangkuman melalui teknologi inovatif.

Artikel lain: Pembinaan LRT Di Langkawi, Tiada Permohonan Dari Kedah Kepada APAD – Loke

Ia juga akan mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi menubuhkan Pusat AI negara dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara serta menyokong pertumbuhan komuniti pencipta perisian di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Microsoft labur RM10.5 Bilion di Malaysia

Dengan matlamat meningkatkam produktiviti, daya saing, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan itu membuktikan komitmen Microsoft.

Microsoft mahu membangunkan Malaysia menjadi sebuah pusat pengkomputeran awan dan teknologi canggih yang berkaitan, termasuk AI generatif.

Pada masa yang sama, pelaburan infrastruktur digital itu juga melanjutkan Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft yang diumumkan pada April 2021.

Pelaburan ini akan membolehkan Microsoft memenuhi permintaan bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga membolehkan negara merebut dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti menerusi AI terkini.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, Anwar berkata jumlah pelaburan ini merupakan yang terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

“Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan kestabilan politik.
“Pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus Kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara,” ujarnya.

Sumber: DagangNews (Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir), Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd