Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Siti Mastura Gagal Kemuka Bukti Dalam 48 Jam, DAP Buat Laporan Polis

Ahli Parlimen (MP) Kepala Batas, Siti Mastura gagal kemuka bukti dalam 48 jam berhubung tuduhan kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dan laporan polis telah pun dibuat terhadapnya.

Sebelum ini, Siti Mastura menuduh Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis Chin Peng, lapor Malaysiakini.

story image

Foto: Malaysiakini

Tidak cukup dengan itu, MP Kepala Batas itu juga menuduh Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan polis itu telah dibuat MP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel berkaitan: Berita MP Kepala Batas Dakwa Guang Eng ‘Sepupu’ Lee Kuan Yew Sampai Ke Singapura

Syerleena berkata dalam laporan polis, kandungan yang dikongsi dalam bentuk video di platform Youtube itu tidak berasas, fitnah, palsu dan berniat jahat.

“Dr Siti Mastura tidak memberi penjelasan atau bukti untuk menyokong semua tuduhannya walaupun diberi peluang,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng memberikan Siti Mastura tempoh 48 jam untuk membuktikan dakwaannya sebelum pihak DAP mengambil tindakan lanjut.

Tempoh tersebut telah tamat pada hari ini namun masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak Siti Mastura, maka Guan Eng telah mengambil tindakan seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Mastura gagal kemuka bukti dalam 48 Jam

Foto: Reddit

Terdahulu, Mastura membuat tuduhan Guan Eng mempunyai hubungan keluarga dengan dua individu dalam satu program PAS di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Dia juga mendakwa bapa kepada Guan Eng, Lim Kit Siang juga mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin DAP termasuklah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Dalam laporan polis yang difailkan Syerleena, kenyataan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 504 (pecah keamanan) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (menyebabkan khianat awam).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ia juga melanggar  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah.

Ketika ditemui media, Syerleena mengingatkan Siti Mastura mengenai hadis bahawa Allah melaknat orang yang menabur fitnah.

“Mastura mungkin terlalu baru dalam politik di Malaysia atau tidak cukup terdedah kepada perkembangan isu semasa sehingga begitu dangkal akal fikirnya.

Foto: Malaysiakini

“Dia sanggup memperjudikan reputasi sendiri sebagai seorang pembohong dan orang yang membangkitkan fithah yang sedang tidur.
“Saya yakin DAP ini tentunya tidak layak untuk memetik ayat-ayat agama di mata Dr Mastura. Namun saya percaya beliau lebih terpelajar tentang hal ini,” kata Syerleena.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd