Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sindir Genosid Gaza? Zara Tarik Balik Kempen Iklan -“Hanya Salah Faham”

Peruncit pakaian dan aksesori dari Sepanyol, Zara menerima kecaman ramai gara-gara melancarkan kempen ‘The Jacket’ yang didakwa menggambarkan kempen genosid di Gaza.

Jenama yang diasaskan oleh Amancio Ortego dan Rosalia Mera pada 1975 dikatakan tidak sensitif dengan memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan.

Malah, turut jelas kelihatan beberapa boneka pakaian dibalut dengan kain putih selain model yang memegang figura manusia sedih. Ia seolah-olah mengingatkan kain kafan putih yang digunakan untuk menutup orang mati.

Kebanyakan pengguna turut menggesa tindakan boikot ke atas Zara kerana menyinggung perasaan penduduk Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zara Gaza

Zara Gaza

Artikel lain: Fikir Keselamatan Diri, Elon Musk Tolak Pelawaan Pejuang Palestin Melawat Gaza

Terbaharu, Zara menerusi hantaran kenyataan di platform Instagram tampil memberikan penjelasan mengenai kempen yang sedang hangat menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia.

Menerusi hantaran tersebut, Zara menjelaskan tema tersebut telah dirancang pada Julai lalu dan sesi fotografi dilakukan pada September.

Zara menyatakan pihaknya kesal dengan segelintir pihak kerana salah faham mengenai kempen tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan , ini bukan kali pertama Zara dilanda kontroversi berhubung isu Palestin.

Pada 2022, beberapa aktivis Palestin menggesa boikot selepas pemilik francais kedai di Israel menganjurkan kempen untuk ahli politik sayap kanan Itamar Ben-Gvir di rumahnya.

Semasa Ben-Gvir mempertahankan kedai itu di media sosial, rakyat Palestin berkongsi video di mana mereka membakar pakaian yang mereka beli dari kedai tersebut.

Sumber: IG Zara 
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd