Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Setuju Tandatangani Kontrak Baharu BAM, Pearly-Thinaah Dapat RM1 Juta Seorang Setahun

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah dilaporkan bakal menerima ganjaran lumayan bernilai RM1 juta setahun setiap seorang selepas bersetuju menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan jumlah tersebut adalah hasil keputusan mesyuarat Ahli Majlis BAM yang terdahulu, meskipun rundingan antara kedua-dua pihak dilaporkan agak panjang susulan dakwaan bahawa pasangan beregu nombor tiga dunia itu mahukan bayaran lebih tinggi.

Foto: thesun

Namun begitu, BAM dikatakan terbuka untuk menyemak semula jumlah tersebut bergantung kepada pencapaian Pearly-Thinaah dalam tiga kejohanan utama akan datang iaitu Terbuka Jepun (15–20 Julai), Terbuka China (22–27 Julai), dan Kejohanan Dunia di Paris (25–31 Ogos).

Terdahulu, rundingan antara BAM dan Pearly-Thinaah kini telah dimuktamadkan, dan pasangan itu dijangka menandatangani kontrak rasmi hujung minggu ini sebelum berlepas ke Jepun bagi menyertai kejohanan seterusnya.

Kontrak baharu ini turut menyaksikan mereka kekal bernaung di bawah BAM sekurang-kurangnya hingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028, sekaligus menamatkan spekulasi yang sebelum ini mengaitkan mereka dengan kemungkinan bergerak secara profesional selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan bahawa isu kontrak pasangan beregu itu akan diselesaikan sebelum mereka bertolak ke Jepun.

Foto: Utusan Malaysia

Malah, prestasi semasa Pearly-Thinaah turut memberi keyakinan kepada BAM apabila mereka mempamerkan aksi konsisten dalam empat kejohanan terakhir dengan menjuarai Terbuka Thailand, menjadi naib juara Terbuka Indonesia, serta mara ke separuh akhir dan suku akhir di Masters Malaysia dan Terbuka Singapura masing-masing.

Ketika diminta mengulas lanjut, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh enggan memberikan butiran lanjut dan meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi daripada badan induk itu.

“Tunggulah… presiden sudah maklumkan bahawa ia akan selesai sebelum Terbuka Jepun. Perbincangan sangat positif dan kita mahu yang terbaik daripada semua pihak,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online (Helmi Talkah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd