Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Selamat Ditonton, Ibu Bapa Di Jepun Pilih Mechamato Sebagai Hiburan Untuk Anak

Pernah menjadi penerima Anime Fan Award di Tokyo Awards Festival, siri animasi Malaysia iaitu Mechamato kini menjadi pilihan ibu bapa di negara Jepun.

Melalui perkongsian @brgsjks di X, ibu bapa di negara tersebut telah menyenaraikan siri animasi terbitan Animonsta Studios itu sebagai salah satu siri animasi yang sesuai dan selamat ditonton bagi anak-anak mereka.

Dalam perkongsiannya, dia menunjukkan tangkap layar yang mana ibu bapa dari Jepun berkongsi anak-anak mereka sangat menyukai siri animasi berkenaan.

Sepasang ibu bapa turut menambah walaupun negara Jepun mempunyai banyak siri animasi yang menarik, tapi baginya siri animasi bagi kanak-kanak yang dihasilkan di luar negara lebih baik.

Menurut mereka, anaknya yang berumur empat tahun lebih suka menonton siri animasi Mechamato (Malaysia), Paw Patrol (Canada) dan Ninjago (UK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian yang sama, rata-rata warganet mendakwa kebanyakan animasi keluaran Jepun mempunyai unsur negatif atau lucah dan tidak sesuai ditonton kanak-kanak.

Studio di Jepun keluarkan siri animasi yang tidak sesuai?

Lebih menarik, siri ini bukan sahaja ditonton kanak-kanak namun golongan dewasa juga teruja dengan Mechamoto musim kedua termasuklah ibu bapa sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan Mechamoto ini sangat membanggakan apatah lagi mendapat sambutan hangat di negara yang terkenal dengan animasi bertaraf dunia seperti Naruto.

Mechamoto musim kedua boleh ditonton menerusi platform Netflix dan difahamkan, penerbit siri itu telah mengesahkan bahawa animasi tersebut memang mempunyai permintaan tinggi di negara matahari terbit berkenaan.

Sumber: X @brgsjks

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai penampilan lelaki yang berpakaian seperti perempuan lengkap bertudung sehingga mencetuskan perhatian ramai. Fenomena ini tercetus...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd