Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ringgit Meningkat, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar Menjelang Pengumuman OPR

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang lain serta mata wang ASEAN menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 7 Mac ini.

Memetik BERNAMA, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat pada jam 6 petang.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan OPR akan kekal pada 3.00 peratus.

“Minggu ini merupakan minggu yang agak penting memandangkan Pengerusi Rizab Persekutuan AS akan turut berkongsi penilaian ekonomi terkininya dengan kongres pada 7 Mac,” katanya.

ringgit dolar

Selain itu, pelabur turut menunggu senarai gaji bukan ladang AS (NFP) pada Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan pasaran mata wang akan kekal berhati-hati dalam masa terdekat memandangkan ketidaktentuan mengenai pengurangan kadar faedah AS yang pertama akan terus menguasai sentimen pasaran.

“Malah, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China akan turut dipantau rapi memandangkan pelabur akan meneliti sasaran makro dalam mencari petunjuk rangsangan ekonomi,” katanya lagi.

Dalam negara, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9840/9904 daripada 5.9926/9977 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 5.1198/1252 daripada 5.1330/1373 minggu lepas, dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1410/3449 /1521 sebelum ini.

Artikel lain: Tindakan China Turunkan Kadar Utama Pinjaman Punca Ringgit Susut

Pada masa sama, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1766/1965 daripada 3.1928/2120 semasa ditutup Jumaat lepas dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5137/5177 berbanding 3.5229/5264 minggu lepas.

Ringgit turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.2 daripada 302.1/302.4 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.47/8.48 sebelumnya.

Sumber: BERNAMA (Karina Imran)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd