Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Rancakkan Perhubungan Udara, Batik Air Lancar Penerbangan Harian Kuala Lumpur-Alor Setar

Batik Air melancarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Alor Setar bermula pada Khamis, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam menghubungkan ibu negara dengan wilayah di utara Malaysia.

Memetik laporan Bernama, penerbangan sulung yang awalnya dijadualkan pada 5 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan banjir yang melanda Kedah baru-baru ini.

Batik Air lancar penerbangan Kuala Lumpur-Alor Setar

Penerbangan Kuala Lumpur-Alor Setar

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata laluan Kuala Lumpur-Alor Setar akan beroperasi setiap hari, dengan tujuh penerbangan seminggu menggunakan pesawat Boeing 737 milik Batik Air yang menawarkan kedua-dua kabin kelas ekonomi dan perniagaan.

Beliau berkata laluan Kuala Lumpur-Alor Setar bukan sahaja langkah penting dalam mengukuhkan hubungan tetapi juga membuka peluang baharu yang menarik untuk pembangunan di negeri-negeri utara Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laluan ini akan berfungsi sebagai pemangkin kepada pelancongan dan perniagaan, membuka peluang baharu untuk pelaburan dan kerjasama dalam industri utama seperti pertanian, pembuatan dan perdagangan sambil memudahkan pengembara meneroka potensi yang belum diterokai dan kaya dengan budaya di rantau ini,” katanya.

Penerbangan Kuala Lumpur-Alor Setar

Turut hadir menyambut ketibaan pesawat Boeing 737 yang membawa 111 penumpang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada khamis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.

Selain itu, turut hadir Datuk Bandar Alor Setar Mohd Yusri Md Daud dan Pengurus Besar Tourism Kedah, Azlizam Jaafar Sidik.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata kerajaan negeri mengalu-alukan langkah Batik Air mengadakan penerbangan dari ibu negara ke Kedah yang dilihat dapat merancakkan perhubungan udara antara dua destinasi berkenaan.

“Laluan ini sebenarnya bukan sahaja memudahkan laluan udara antara ibu negara dengan kedah tetapi juga memainkan peranan utama dalam menyokong kerajaan negeri untuk memeprkukuhkan lagi sektor pelancongan Kedah terutamanya sempena Tahun Melawat Kedah 2025,” ujar Mohd Salleh.

Penerbangan Kuala Lumpur-Alor Setar

Beliau berkata kerajaan negeri juga berharap syarikat-syarikat penerbangan akan terus meningkatkan kekerapan penerbangan ke Kedah pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd